Jumaat, 7 September 2012

Symantec Norton Mobile Security untuk Android - Perlindungan Anti-Malware untuk Telefon dan Tablet anda

Anti Virus atau Anti-Malware adalah penting bagi melindungi Tablet Android atau Telefon Pintar Adroid anda daripada serangan virus-virus yang semakin banyak menyerang peranti android. Di Google Play Store anda boleh mendapat pelbagai Anti-Malware(Anti Virus) secara percuma dan juga ada versi berbayar yang menjanjikan perlindungan sepenuhnya/maksima jika anda mahu membelinya.
Saya telah menggunakan Symantec Norton Mobile Security free edition yang saya download di Play Store, ia cepat dan laju dalam membuat imbasan virus serta cepat memberi tahu jika ada virus yang cuba menyerang. Jika peranti android anda diserang virus dan tiada perlindungan maka peranti android anda kemungkinan akan menjadi perlahan, tidak berfungsi dengan baik dan sebagainya. Ianya percuma jadi jangan malu jangan segan untuk memberi perlindungan pada peranti android anda kerana ianya percuma dan tidak perlu membayar untuknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...