Khamis, 6 September 2012

Nokia Lumia 820 – Skrin 4.3-inci Dan Kerangka Luar Boleh Ubah

Nokia mengumumkan telefon pintar terbaru mereka Nokia Lumia 820 yang turut dijana menggunakan Windows Phone 8, didatangkan dengan pelbagai ciri-ciri menarik serta evolusi dari segi rekabentuk peranti Lumia.
Lumia 820 dengan skrin sebesar 4.3-inci, membawakan sokongan NFC terbina, serta integrasi pelbagai perkhidmatan lokasi daripada Nokia seperti City Lens dan juga Nokia Drive, cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz Snapdragon S4 sama seperti pada Lumia 920, memori sebanyak 1GB RAM dan kebolehan mengubah bahagian kerangka badan.
Kamera 8-megapixel Carl Zeiss pada bahagian belakang dan juga kamera hadapan VGA turut disertakan. Tambahan lain seperti ruangan mikro-SD untuk setoran tambahan.

Sokongan tambahan untuk pengecasan tanpa wayar turut disertakan pada Lumia 820 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...