Khamis, 6 September 2012

Samsung Galaxy Note 10.1

Galaxy Note 10.1 telah pun dilancarkan secara rasminya di Malaysia dan ditawarkan pada harga RM2199 selain turut ditawarkan bersama beberapa pakej khas oleh beberapa syarikat telekomunikasi tempatan seperti Celcom, UMobile dan Maxis.

Samsung Galaxy Note 10.1 ini membawakan skrin bersaiz 10.1-inci selain dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz dan memori 2GB RAM yang menjanjikan kepantasan dan kelancaran tablet ini. Ia turut membawakan kamera belakang 5-megapixel untuk membolehkan anda merakamkan gambar dan kamera hadapan 1.9-megapixel untuk panggilan video dan sebagainya. Anda juga turut sama boleh menggunakan Adobe Photoshop Touch yang didatangkan bersama-sama dengannya dalam membuat pengeditan dan pengubahan pada gambar yang dirakamkan.
S-Pen pada Galaxy Note 10.1 membawakan fungsi seumpama pada Note sebelum ini yang membolehkan anda menulis, melakar dan mengendalikan tablet tersebut menggunakan S-Pen dengan mudah tanpa sebarang masalah.

Galaxy Note 10.1 membawakan sokongan telefoni, membolehkan para pengguna membuat panggilan telefon, serta menerima SMS dan sebagainya dengan mudah. Ini adalah suatu penambahan pada tablet Samsung, membolehkan anda menggunakannya bersama-sama beberapa peranti tambahan seperti headset ataupun Galaxy Player.
Dari segi rekabentuk pula, ia kelihatan sama seperti Samsung Galaxy Tab 2 10.1 dengan saiz yang sedikit besar berbanding tablet popular – Apple iPad. Ia amat sesuai untuk anda yang gemar menonton video ataupun mendengar lagu dan sebagainya, memandangkan ia didatangkan dengan speaker pada bahagian hadapan.

Spesifikasi:

Platform
# 850 / 900 / 1,800 / 1,900MHz GSM&EDGE Band
# 850 / 900 / 1,900 / 2,100MHz 3G Band
# GPRS Network&Data: 850 / 900 / 1,800 / 1,900
# EDGE Network&Data: 850 / 900 / 1,800 / 1,900
# 3G Network&Data
# Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
# Android Browser

CPU
# ARM cortex A9 CPU Type
# 1.4GHz Quad Core CPU Clock Rate

Display
# 10.1" WXGA TFT Technology
# 1280 x 800 Display Resolution
# 10.1" Display Sise
# 16 Million Internal Colour Depth

Memory
# 16GB
# upto available memory
# upto available memory

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...