Khamis, 6 September 2012

Nokia Memperkenalkan Lumia 920 Secara Rasmi – Kamera PureView serta Skrin PureMotion+

Nokia semalam telah pun memperkenalkan peranti terbaru mereka didalam keluarga Windows Phone iaitu Nokia Lumia 920 dengan fungsi menarik seperti Kamera PureView dan Skrin PureMotion+.
Didatangkan dengan cip pemprosesan 1.5GHz Snapdragon S4, skrin sebesar 4.5-inci, sokongan NFC, kebolehan pengecasan secara tanpa wayar, dan juga kamera 8-megapixel dengan sokongan PureView. Nokia Lumia 920 menggunakan bateri berkapasiti 2000mAh yang membolehkan pengguna menggunakannya sepanjang hari tanpa sebarang masalah.
Skrin Nokia Lumia 920 dengan paparan PureMotion HD+, menawarkan gambar paparan yang lebih baik, termasuk gambar dan video yang lebih tajam berbanding kebiasaan. Namun untuk pengecasan bateri tanpa wayar, ia tidak didatangkan bersama-sama peranti dan para pengguna perlu mendapatkannya dalam bentuk aksesori tambahan.

Buat masa ini belum diketahui bilakah Nokia Lumia 920 ini akan dijual di Malaysia dan berapakah harga jualannya di pasaran malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...