Khamis, 26 Julai 2012

Samsung Series 9 - Ultrabook Tercanggih

SAMSUNG telah melancarkan Samsung Series 9 yang dikategorikan sebagai Ultrabook dengan kuasa pemprosesan Intel Core i5 di samping kekuatan memori 4GB memungkinkan operasi perkomputeran pantas.
Sesuai dengan status Ultrabooknya, siri ini bukan saja nipis, malah ringan dan sangat responsif walaupun harga kebanyakan Ultrabook masih agak tinggi, RM4,999.

Samsung menghasilkan teknologi progresif serta mudah dicapai oleh pengguna, tetapi pada harga yang kompetitif dalam kalangan pengeluar Ultrabook lain.

Mempunyai kelebaran pada 13.3 inci, hanya setebal 0.62 inci dengan mempunyai berat 1.3 kilogram (kg).

Walaupun dengan reka bentuk nipis dan ringan, Ultrabook berkenaan menawarkan prestasi yang mampu mengendalikan mana-mana tugas pengkomputeran mudah alih.

Ia dilengkapi sistem storan 128GB SSD dan sistem cache 128GB tidak memungkinkan adanya proses menunggu, malah grafik Intel HD Graphics 3000 untuk menjadikan satu peranti yang mantap dan sehingga sembilan jam hayat bateri.

Meskipun nipis, model ini turut dilengkapkan dengan sistem audio 3-Way Stereo Speaker (1.5 W x 2) untuk kualiti bunyi yang terbaik dan mempunyai teknologi Paparan Intel Tanpa Wayar (WiDi) bagi memaparkan video dan kandungan lain tanpa wayar pada mana-mana skrin besar.

Menerusi teknologi baru Samsung, produk ini dioptimumkan untuk komputer yang menggunakan Windows 7 bermakna Ultrabook berkenaan mampu mencapai kepantasan `boot’ yang mengagumkan dan pantas digunakan semula daripada mod tidur, iaitu sehingga 40 peratus lebih cepat daripada peranti bukan dioptimumkan.
Kehadiran laptop berkuasa tinggi itu dipadankan dengan kuasa bateri yang mampu bertahan lama, memberi kelebihan kepada mereka yang bergantung kepada penggunaan laptop bagi urusan kerja seharian.

Notebook ini juga dilengkapi dengan paparan SuperBright Plus (400 nit) yang menyokong 16 juta warna, menawarkan keterangan, kejelasan tontonan, prestasi dan kuasa optimum.

Selain itu, ia didatangkan dengan PowerPlus di mana ia mengoptimumkan teknologi mengecas bateri yang mampu bertahan sehingga tiga kali lebih lama daripada kebanyakan bateri notebook lain.

INFO:

PRODUK: Samsung Series 9
HARGA: RM4,999
PENGELUAR: Samsung
PERTANYAAN: Samsung Malaysia
LAMAN WEB: www.samsung.com.my

Selasa, 24 Julai 2012

Bergaya dengan Nokia Lumia 900

DENGAN ketebalan hanya 11.5 milimeter, Nokia Lumia 900 merupakan peranti paling nipis dalam keluarga telefon pintar Lumia yang memiliki keistimewaan tersendiri.
Tampil dengan reka bentuk yang lebih anggun, gajet ini mampu memberi kepuasan kepada pengguna melalui skrin sentuh seluas 4.3 inci. Menggunakan teknologi paparan AMOLED dengan teknologi ClearBack dan kaca Corning Gorilla, ia memastikan visual pandangan mata yang kapasitif walaupun di bawah sinar matahari yang cerah.

Selain itu, Lumia 900 merupakan salah satu peranti berspesifikasi tinggi yang dijana sistem operasi Windows Phone dan bersifat tahan lasak.
Gajet ini didatangkan dengan cip pemprosesan 1.4GHz, kamera belakang 8 mega piksel dan juga bateri 1830mAh. Ia turut mempunyai kamera hadapan yang berkualiti tinggi sekali gus membolehkan anda membuat panggilan video dengan mudah melaluinya.

Aplikasi khas Nokia seperti fungsi navigasi dan juga Nokia Maps turut disertakan. Lebih menarik, ia turut didatangkan bersama-sama sokongan Internet Tethering.

Peranti ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan putih. Nokia Lumia 900 dijual dengan harga RM 1,699.00.

Antara Aksesori-aksesori Nokia Lumia 900

Nokia Universal Car Holder CR-123

Nokia Soft Cover CC-1037

Nokia Play 360° Wireless Speaker

Headsets for Nokia Lumia 900

Nokia Luna Bluetooth Headset

Nokia Purity HD Stereo Headset by Monster

Nokia J Bluetooth Headset

Nokia Purity Stereo Headset by Monster

Power and data for Nokia Lumia 900

Nokia Dual USB Charger DC-20

Klik like & Share. TQ

Isnin, 23 Julai 2012

Samsung Galaxy S3 Teknologi INSANI

SELEPAS mengatasi semua telefon pintar termasuk HTC dan iPhone dengan model telefonnya Samsung Galaxy S2, syarikat pengeluar telefon bimbit terkenal Korea itu sekali lagi menampilkan pembaharuan dengan melancarkan Samsung Galaxy S3 baru-baru ini.
Dengan saiz paparan yang lebih besar 4.8 inchi dengan kuasa resolusi Super Amoled Plus HD ia sememangnya menjadi sebuah telefon bimbit yang sangat sesuai bagi permainan video serta menonton filem yang beresolusi tinggi.

Berbanding dengan S2, Galaxy S3 mempamerkan reka bentuk lebih melengkung dan menarik dengan menggunakan perisian Anroid 4.0.

Teknologi insan yang diketengahkan dalam S3 sangat berkesan apatah lagi ia amat peka kepada pergerakan sentuhan dan sebagainya yang benar-benar dekat dengan pemiliknya.

Antara ciri hebat yang terdapat di telefon generasi ketiga Galaxy S3 ini apabila pengguna dapat menghantar pesanan ringkas atau pun melayari internet sambil menonton video dalam satu masa.

Selain itu, pengguna juga dapat melakukan pemindahan data, lagu, video dengan hanya merapatkan kedua-dua telefon diantara satu sama lain.
Ia juga dapat mengenali pergerakan membuat panggilan dengan hanya merapatkan telefon ke telinga serta beberapa ciri-ciri lain yang hebat dapat dilakukan oleh telefon pintar ini.

Samsung Galaxy S3 sememangnya patut dimiliki oleh pengguna yang inginkan sebuah telefon pintar dengan pelbagai ciri-ciri yang tiada tandingannya.

Namun bagi peminat iPhone, mungkin September ini ada berita baik bagi anda kerana ada ura-ura yang mengatakan Apple akan melancarkan telefon iPhone 5 yang mungkin dapat mengalahkan Galaxy S3 ini.

Sama-samalah kita tunggu pelancarannya.

Motorola DEFY XT Tahan Lasak dan Ketahanan Bateri sehingga 9.5 jam

KETIKA melakukan aktiviti ekstrem, kita biasa mengambil jalan selamat untuk tidak membawa bersama telefon bimbit bagi mengelakkannya terjatuh, terhentak atau termasuk ke dalam air.

Namun, menerusi teknologi telefon pintar yang diperkenalkan syarikat Motorola Mobility, peranti telekomunikasi itu kini boleh dibawa ke mana-mana dan untuk apa sahaja tujuan.

Model Motorola DEFYTM XT dilengkapi kelebihan fungsi kalis air, tahan habuk dan panel sentuh 3.7 inci anti calar sesuai menjadi pelengkap kepada sebarang aktiviti aktif.

Pengguna juga pasti akan berpuas hati dengan hayat baterinya di mana mempunyai ketahanan sehingga 9.5 jam untuk tujuan berhubung dan berhibur.

Fungsi kamera pula disempurnakan bersama resolusi lima megapiksel untuk sokongan rakaman imej yang jelas selain dilengkapi kamera hadapan VGA.

Motorola DEFY XT juga dilengkapi ciri antaramuka MotoSwitch untuk mengenalpasti kontak serta aplikasi yang sering digunakan pengguna sebelum menempatkannya pada skrin utama.

Di samping itu, aktiviti mengakses Internet juga menjadi lebih mudah kerana telefon itu dipacu oleh sistem pelayaran web pantas.

Gajet lasak ini kini boleh didapati di pasaran Malaysia dengan tawaran harga RM899.

Jumaat, 20 Julai 2012

Kasing Tahan Lasak untuk Samsung Galaxy Note


PENGELUAR aksesori, Otterbox mempunyai kasing Samsung Galaxy Note menarik yang tahan lasak meskipun peranti pengguna terjatuh selepas terlepas daripada genggaman.

Kasing dengan model The Defender itu mempunyai dua lapisan perlindungan membabitkan dua pelapik bahan polikarbonat yang membentuk kawasan perlindungan kukuh.

SPESIFIKASI:

PRODUK: Otterbox The Defender

HARGA: anggaran RM199
KESESUAIAN: Samsung Galaxy Note
BAHAN: polikarbonat
DIMENSI:156.1 x 93.4 x 18.6mm
BERAT: 89.4

Angry Birds di Xbox, PS

Aplikasi game popular, Angry Birds dijangka akan tampil dengan versi Trilogy yang disediakan untuk platform konsol seperti Xbox 360, Playstation 3, dan 3DS.
Pembangunnya, Rovio mengesahkannya sebagai edisi koleksi tetapi belum mengumumkan harganya.
Untuk PS3 dan 360, pakej terbabit akan dilengkapkan dengan PlayStation Move dan Kinect manakala versi 3DS akan dibekalkan dengan fungsi StreetPass.

Rovio juga memaklumkan syarikatnya akan menawarkan kandungan definisi tinggi dan kandungan yang mantap namun tidak mengesahkan sama ada ia akan ditawarkan bersama kemaskini mudah alih.

Kasing tahan lasak iPhone

KASING yang memastikan iPhone milik anda tahan air dan hentakan kini dilancarkan LifeProof, sebuah pengeluar di Amerika Syarikat yang dikeluarkan dalam warna oren dilengkapi dengan lapisan fabrik setebal satu inci.
Model di bawah nama LifeJacket terbabit sesuai untuk digunakan ketika berenang, berkayuh dan aktiviti lasak.

SPESIFIKASI:

PRODUK: LifeProof LifeJacket

HARGA: Anggaran RM120
KESESUAIAN: iPhone 4/4s
TAHAN JATUH: 20 kaki
CIRI: Kawalan butang mudah

Kamera sinematografi 4K Canon C500 dan EOS-1D C.

CANON memperkenalkan kamera sinematografi mampu merakam video berkuasa 4096 x 2160 piksel (4K) yang menarik dengan dua model baru iaitu C500 dan EOS-1D C.

Kedua-dua kamera terbabit dianggap produk muktamad kamera DSLR yang direka untuk menyokong sebarang permintaan rakaman gambar dan fotografi.
Format 4K muncul sebagai standard baru untuk kesan termaju dalam pasca produksi di Hollywood dan ia penting untuk merakam video walaupun anda mempunyai bajet yang agak terhad dengan imej resolusi tinggi mampu dijana komputer.

C500 bukan saja menyokong resolusi video 4K tetapi output 10 bit boleh memindahkan data RAW dengan pantas.

Pada masa sama, kamera turut menawarkan keupayaan tambahan dengan tiga pilihan output HD Penuh (3840 x 2160), 2K (2048 x 1080) serta HD (1920 x 1080).

Manakala EOS-1D dilengkapi ciri resolusi 18.1 megapiksel berkeupayaan untuk merakam 8 bit dalam kad memori CF bermakna kamera akan beroperasi pada 24fps HD atau format 1920 x 1080 piksel menjadikannya generasi visual dengan kualiti imej yang lebih tinggi.


Bahagian tepi C500 menunjukan sambungan 3G HD-SDI

Pandangan belakang Canon C500

SPESIFIKASI CANON C500:

HARGA: Tidak diperoleh
SENSOR: Super35 8.85 megapiksel
ISO MINIMUM: 320
ISO MAKSIMUM: 20000
KELAJUAN SHUTTER: 2000
PAPARAN: 4 inci
VIDEO: 24, 25, 30, 50, 60, 59.94, 29.97, 23.98fps
FORMAT VIDEO: MPEG-2, HD-SDI
PORT: HDMI, 3.5mm stereo audio
BATERI: BP-9
DIMENSI: 5.2 x7 x 6.7 inci

SPESIFIKASI CANON EOS -1D C:

HARGA: Tidak diperoleh
RESOLUSI: 18MP CMOS
FORMAT: 1080p 50/60fps; Canon Log Gamma
OUTPUT: HDMI output
MOD: 12fps,14fps
SISTEM AF: 61 poin
PEMPROSESAN: Dual DIGIC 5+
PAPARAN: 3.2 inci
ISO: 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 6400, 12800, 25600, 51200
DIMENSI: 158 x 164 x 83 mm

Sony Xperia neo L Berharga RM888

SONY Mobile Communications (SMC) membawakan satu lagi kegembiraan kepada penduduk negara ini apabila mengumumkan kesediaan produk terbaru mereka iaitu Xperia neo L.

Produk yang dijual pada harga RM888 itu mempunyai reka bentuk anggun dan bergaya menggabungkan kerangka bahagian belakang melengkung dan kemasan berkilat.

Tidak ketinggalan, Xperia neo L juga menggabungkan teknologi Sony xLoud untuk audio lebih jelas dan kuat.


SPESIFIKASI:

PRODUK: Sony Xperia neo L
HARGA: RM888

PAPARAN: 4.0 inci untuk melayari tontonan dan pengalaman permainan yang lebih baik

KAMERA: 5MP merakam video 720p HD video
PEMPROSESAN: 1GHz
PEMPROSES GRAFIK: Adreno 205
OS: Android 4.0 (ICS)
SOKONGAN: WiFi dan HSPA untuk pemindahan data kelajuan tinggi
WARNA: Hitam dan putih

CIRI LAIN: Didatangkan bersama pengecas kereta dan kabel USB mikro bernilai RM59 untuk masa terhad.

Rabu, 18 Julai 2012

ULTRABOOK Lenovo IdeaPad U410

ORGANISASI teknologi global Lenovo terus memperkasakan rangkaian produk pengkomputeran digital mereka menerusi pengenalan pelbagai evolusi reka bentuk dan fungsi terbaru.

Lenovo IdeaPad U310 dan U410 dipacu oleh pemproses Intel Core i3, i5 dan i7 generasi ketiga untuk tawaran pengendalian prestasi mobiliti unggul.
Lenovo U410

Spesifikasi lainnya, ia disokong ruang storan satu terabait (TB), grafik NVIDIA GeForce, ketahanan kuasa bateri sehingga sembilan jam dan kawalan mudah pada pad sesentuh.

Untuk ciri baru Enhanced Experience 3 (EE3) yang ditampilkan pada sistem operasi Windows 7 pula, ultrabook berkenaan mengambil masa sangat singkat untuk dihidupkan iaitu 40 peratus lebih cepat berbanding peranti biasa.

Lenovo U310

Akhir sekali, menerusi ciri Lenovo Smart Update, peranti-peranti ultrabook ini akan mengemaskini e-mel, kontak dan akaun laman web sosial pengguna secara automatik.

Lenovo IdeaPad U310 dan U410 kini ditawarkan pada harga pasaran masing-masing RM1,999 dan RM2,699. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada laman web www.lenovo.com.

Selasa, 17 Julai 2012

Blackberry Curve 9320 Murah

RIM melancarkan model terbaru iaitu BlackBerry Curve 9320 yang mempunyai butang dedikasi untuk jalan pintas kepada fungsi BBM di bahagian tepi peranti membolehkan anda berbual atau berkongsi video dan fail dalam masa sebenar.

Fungsi BBM yang dikemaskini membenarkan kesepaduan dengan aplikasi sosial kegemaran anda seperti facebook dan twitter, jadi anda boleh berkongsi kemaskini status terkini tanpa perlu meninggalkan aplikasi untuk bertukar ke aplikasi lain.
RIM juga memperkayakan aplikasi dalam BlackBerry App World selain kemudahan baru yang mana anda boleh mengumumkan dan berkongsi aplikasi dipindah turun dengan kenalan BBM anda melalui profil anda. Dengan jangka hayat bateri berkekalan sehingga tujuh jam, peranti ini dilengkapi sistem operasi BlackBerry 7.1 dipenuhi ciri baru yang berkuasa dan inovatif serta aplikasi siap pasang.

SPESIFIKASI:

PRODUK: Blackberry Curve 9320
HARGA: RM799
OS: BlackBerry 7.1
MEMORI: 512MB eMMC/ 512MB RAM
SKRIN: 2.44 inci qVGA 320x240 piksel
KAMERA: 3.2MP
BATERI: 1450 mAh
MASA BERBUAL: 7 jam
DIMENSI: 109 x 60 x 12.7mm
BERAT: 103g

Samsung NX20, NX210 dan NX1000 dilengkapi fungsi WiFi


SEGAR dan panas! Itulah gambaran kepada kamera siri NX baru yang dilancarkan Samsung dibina lengkap dengan sambungan WiFi untuk pasaran Malaysia diterajui model NX20, NX210 dan NX1000.

Ketiga-tiga kamera pintar terbabit memungkinkan pengguna amatur dan peminat fotografi untuk menghasilkan imej yang profesional dan berkualiti, seterusnya boleh berkongsi foto pantas melalui sambungan terbabit.
Keupayaan sambungan tanpa wayar tidak bermaksud kualiti imej dikorbankan apabila berkongsi imej atau video bersama keluarga dan rakan, malah anda mampu menjimatkan masa pemindahan melalui cara berkongsi lebih pantas.


SPESIFIKASI SAMSUNG NX1000

HARGA: RM2,499
RESOLUSI: 20.3MP
PAPARAN: 3.0 inci
SHUTTER: Auto, 1/8000
ISO: Auto, 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 6400, 12800
BATERI: BP1030
DIMENSI: 114 x 62.5 x 37.5mm
BERAT: 218g (tanpa bateri dan kad memori)


SPESIFIKASI SAMSUNG NX20

HARGA: RM3,499
RESOLUSI: 21.6MP
PAPARAN: 3.0 inci
SHUTTER: Auto, 1/8000
BATERI: BP1310
ISO: Auto, 100, 200, 400, 800, 3200, 6400, 12800
DIMENSI: 122 x 1600, 89.6 x 39.5mm
FORMAT: RAW (SRW), JPEG (EXIF 2.21), DCF, DPOF 1.1, PictBridge 1.0
BERAT: 341g (tanpa bateri dan kad memori)


SPESIFIKASI SAMSUNG NX210

HARGA: RM2,899
RESOLUSI: 20.3MP
PAPARAN: 3.0 inci
SHUTTER: Auto, 1/4000
ISO: Auto, 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 6400, 12800
FORMAT: RAW (SRW), JPEG (EXIF 2.21), DCF, DPOF 1.1, PictBridge 1.0
BATERI: BP1030
DIMENSI: 116.5 x 62.5 x 36.6mm
BERAT: 222.2g (tanpa bateri dan kad memori)


Sony Xperia P

Xperia P sesuai dengan kehendak tangan anda berdasarkan saiznya yang ideal untuk dipegang atau digenggam.

Malah, ia muat dalam hampir apa-apa beg tangan walaupun saiznya menjangkau 10.5 milimeter dan berat 120 gram.

Sony Xperia P mempunyai saiz skrin berukuran 4.0 inci dengan fungsi sistem navigasi–nya yang mudah diurus.

Paparan LCD pada Sola Xperia berukuran 4.0 inci itu mempunyai resolusi 950 x 540 piksel yang diterjemahkan dalam kepadatan piksel yang agak tinggi serta warna sehingga 16 juta.

Hasilnya, grafik kelihatan terperinci dan teks boleh dibaca walaupun mata jauh dari skrin yang mudah bagi kebanyakan individu bercermin mata.

Pemprosesannya pula memang hebat dengan cip U8500 Dual Core agak baik dan mengendalikan tugas yang diperkasakan dengan kelajuan 1GHz dan berpasangan dengan RAM 1GB.

Ia memastikan kelancaran operasi di bawah apa jua keadaan, malah terdapat beberapa permainan mampu dimainkan tanpa tersekat-sekat.

Berdasarkan memori 16GB, anda mungkin perlukan kad memori microSD tambahan sekiranya mahu menambah aplikasi yang dipindah turun.

P turut dilengkapi kamera 8.0 megapiksel di belakang yang dapat merakam video dalam format HD.

Di samping itu, anda juga mendapatkan teknologi Sony xLOUD untuk meningkatkan kelantangan suara tanpa gangguan dan NFC dengan sokongan Xperia SmartTags.

Ketika ini, Sony Xperia P masih didukung OS Android 2.3 Gingerbread dan dikatakan akan dipertingkatkan ke Ice Cream Sandwich tidak lama lagi.

Ciri Android 4.0 perlu dipercepatkan dalam usaha menambah kebaikan pada telefon ini.

INFO:

PRODUK: Sony Xperia P
HARGA: RM1,399
PENGELUAR: Sony Mobile Communications
PERTANYAAN: Sony Mobile Communications
LAMAN WEB: www.sony.com.my

General
Size 122x 59.5 x 10.5 mm
Weight 120g
Screen 4.0 (10.16 cm)/ 960 x 540 pixels/ 16,777,216 colour TFT
Memory (*Actual free memory may vary due to phone pre-configuration) Internal phone storage: 16 GB / RAM: 1GB
Networks GSM GPRS/EDGE 850, 900, 1800, 1900, UMTS HSPA 850, 900, 1900, 2100
Platform Android 2.3 (upgradeable to Android 4.0 Ice Cream Sandwich)
Performance
Talk time / Standby time / Video Playback/ Music Listening Time Up to 6 hours/ 475 hours/4 hours/ 80 hours
Processor 1 GHz U8500 Dual Core
Features
Camera 3D Sweep Panorama, 8 MP camera with Flash LED Autofocus, Front Facing Camera, Adobe Flash Video, HD Video recording, BRAVIA ENGINE, EXMOR R Technology, 8x Digital Zoom, Fast Capturing, Face Detection
Music & Video Xloud experience, Clear Bass & Clear Stereo. Audio/Video Playback & recording formats supported - MP3, 3GPP, MP4,SMF,WAV,OTA, AMR
Internet Web browser - WebKit,Bookmarks,Pan & zoom,Android™ Market,Google Voice Search,Google™ search
Entertainment 3D Games, Sony Entertainment Network, Video streaming, Media Browser, Motion Gaming
Connectivity 3.5 mm audio jack, Bluetooth Wireless technology, DLNA certified,NFC, USB High Speed 2.0 support, Micro USB support, Wi-Fi, HDMI Support, Synchronisation via Google sync & Facebook, USB Tethering
Messaging Text messaging (SMS), Conversations, Predictive text input, Sound recorder, Google Mail™, Multi Media Message (MMS), Email, Instant messaging
Communication Twitter (with Timescape integration), Speakerphone, Noise suppression, Facebook application, Google Talk application, Google Voice search
Design Reality Display with Sony Mobile BRAVIA Engine,Capacitive Touchscreen, Wallpaper, Auto rotation, Screen capture,Shatterproof sheet on mineral glass,Qwerty Keypad, WhiteMagic™ technology
Organizer Document readers, Alarm clock, Calendar, Calculator, Flight mode, Google Calendar™, Google Mail, Google Gallery 3D, Phone book, E-manual

Xperia go di pasaran dengan harga RM999

SONY Mobile Communications mengumumkan telefon pintar terbarunya, Xperia go, boleh didapati di semua premis runcit Sony yang sah di seluruh negara, semalam.

Telefon yang ditawarkan pada harga RM999 seunit itu dilengkapi aksesori bernilai RM87 termasuk kad SD 2GB Micro dan pengecas kereta dengan kabel Micro USB, untuk tempoh terhad.
Sony dalam kenyataannya berkata, telefon pintar itu yang dilancarkan di peringkat global pada akhir Mei lalu adalah telefon pintar bergaya untuk lebih ketahanan.

"Antara ciri utamanya ialah paparan realiti 3.5 inci yang diupayakan enjin Mobile Bravia, kamera rakaman pantas lima mega piksel serta sistem pemprosesan 1Ghz menggunakan Android 2.3 (Gingerbread).

Pelajar boleh bawa tablet,telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan?

Patutkah pelajar bawa tablet,ipad atau telefon bimbit ke sekolah?. bagi aku kalau telefon bimbit oklah dibawa ke sekolah bagi menyenangkan komunikasi dengan ibu dan ayah yang mana pada zaman sekarang sibuk bekerja. Bagi Tablet atau iPad rasanya tak sesuai kot?...kecualilah ianya memang digunakan untuk pembelajaran di sekolah.
kalau tak...macam boleh jadi contohnya pelajar asyik berfacebook, bermain games, chatting atau apa saja dan menganggu tumpuan pada pelajaran... so apa pendapat korang?

Khamis, 12 Julai 2012

Sony Xperia Neo L Dijual Di Malaysia Pada Harga RM888

Sony Mobile Malaysia mengumumkan peranti Xperia Neo L yang mula dijual pada harga RM888.
Seperti peranti Xperia yang lain, ia turut didatangkan dengan sistem operasi Android, dan menggunakan versi terkini, iaitu Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Dari segi spesifikasi pula, dengan skrin seluas 4-inci, kamera hadapan untuk panggilan video, kamera belakang 5-megapixel, serta menggunakan cip pemprosesan 1GHz bersama-sama dengan pemprosesan grafik Adreno 205. Beberapa teknologi Sony, seperti Sony xLoud Audio juga sedia ada pada Xperia Neo L.
Bagi anda yang berminat, boleh mula mendapatkan peranti Xperia Neo L ini terus daripada pengedar rasmi Sony seluruh negara sekarang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...