Khamis, 26 Julai 2012

Samsung Series 9 - Ultrabook Tercanggih

SAMSUNG telah melancarkan Samsung Series 9 yang dikategorikan sebagai Ultrabook dengan kuasa pemprosesan Intel Core i5 di samping kekuatan memori 4GB memungkinkan operasi perkomputeran pantas.
Sesuai dengan status Ultrabooknya, siri ini bukan saja nipis, malah ringan dan sangat responsif walaupun harga kebanyakan Ultrabook masih agak tinggi, RM4,999.

Samsung menghasilkan teknologi progresif serta mudah dicapai oleh pengguna, tetapi pada harga yang kompetitif dalam kalangan pengeluar Ultrabook lain.

Mempunyai kelebaran pada 13.3 inci, hanya setebal 0.62 inci dengan mempunyai berat 1.3 kilogram (kg).

Walaupun dengan reka bentuk nipis dan ringan, Ultrabook berkenaan menawarkan prestasi yang mampu mengendalikan mana-mana tugas pengkomputeran mudah alih.

Ia dilengkapi sistem storan 128GB SSD dan sistem cache 128GB tidak memungkinkan adanya proses menunggu, malah grafik Intel HD Graphics 3000 untuk menjadikan satu peranti yang mantap dan sehingga sembilan jam hayat bateri.

Meskipun nipis, model ini turut dilengkapkan dengan sistem audio 3-Way Stereo Speaker (1.5 W x 2) untuk kualiti bunyi yang terbaik dan mempunyai teknologi Paparan Intel Tanpa Wayar (WiDi) bagi memaparkan video dan kandungan lain tanpa wayar pada mana-mana skrin besar.

Menerusi teknologi baru Samsung, produk ini dioptimumkan untuk komputer yang menggunakan Windows 7 bermakna Ultrabook berkenaan mampu mencapai kepantasan `boot’ yang mengagumkan dan pantas digunakan semula daripada mod tidur, iaitu sehingga 40 peratus lebih cepat daripada peranti bukan dioptimumkan.
Kehadiran laptop berkuasa tinggi itu dipadankan dengan kuasa bateri yang mampu bertahan lama, memberi kelebihan kepada mereka yang bergantung kepada penggunaan laptop bagi urusan kerja seharian.

Notebook ini juga dilengkapi dengan paparan SuperBright Plus (400 nit) yang menyokong 16 juta warna, menawarkan keterangan, kejelasan tontonan, prestasi dan kuasa optimum.

Selain itu, ia didatangkan dengan PowerPlus di mana ia mengoptimumkan teknologi mengecas bateri yang mampu bertahan sehingga tiga kali lebih lama daripada kebanyakan bateri notebook lain.

INFO:

PRODUK: Samsung Series 9
HARGA: RM4,999
PENGELUAR: Samsung
PERTANYAAN: Samsung Malaysia
LAMAN WEB: www.samsung.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...