Selasa, 18 September 2012

Apple peroleh tempahan 2 juta iPhone 5

Apple menerima lebih dua juta tempahan untuk model terbarunya, iPhone 5 dalam masa 24 jam sehingga memaksa syarikat itu melanjutkan penghantaran sehingga Oktober berikutan permintaan di luar jangkaan.
“Permintaan iPhone 5 sangat menggalakkan melebihi rekod iPhone 4S dengan reaksi daripada pelanggan amat luar biasa," kata Naib Presiden Kanan Pemasaran Dunia Apple, Philip Schiller. Apple memperkenalkan versi terbaru telefon pintarnya itu Rabu lalu dan mula membuka untuk tempahan pada Jumaat.

Syarikat itu menegaskan model terbaru itu mampu diperoleh di 100 negara di seluruh dunia menjelang akhir tahun ini.

Pelanggan sulung dijadual menerima iPhone 5 ialah di Amerika Syarikat pada 21 September ini. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...