Selasa, 25 September 2012

iPhone 5 Dipasarkan 26 Oktober ini?

iPhone 5 baru mempunyai berat 112 grams iaitu 20 peratus lebih ringan daripada versi 4S tetapi dengan saiz skrin yang baru, Apple masih mengekalkan paparan jenis sama iaitu format skrin 1136 x 640 piksel.
Lebih menarik, saturasi warnanya dikatakan 44 peratus lebih baik daripada 4s dan didapati pada rangkaian kini HDPA+, DC-HSPDA dan LTE. Ia menunjukkan Apple bersedia menambah rangkaian baru berbanding GPRS, EDGE, EV-DO atau HSPA saja sebelum ini. Namun malang bagi beberapa negara termasuk Malaysia apabila rangkaian LTE masih belum sampai di sini. Walaupun beberapa syarikat telekomunikasi negara ini seperti Celcom, Maxis, DiGi dan U Mobile seakan sudah bersedia dengan inovasi LTE masing-masing. Kebanyakan usaha menaik taraf rangkaiannya di seluruh negara kepada rangkaian akses radio (RAN), dengan menawarkan perkhidmatan 4G (standard LTE) tanpa perlu membangunkan RAN yang baru untuk 4G. iPhone 5 mempunyai jangka hayat bateri selama lapan jam untuk masa berbual menggunakan rangkaian 3G selain tempoh sama untuk pelayaran LTE, 10 jam bagi pelayaran WiFi, 40 jam untuk muzik dan 225 jam masa sedia.
Kamera iPhone 5 pula disediakan pada format lapan megapiksel dengan resolusi 3264 x 2448 piksel yang dilengkapkan dengan penapis IR hibrid dan lima elemen lensa serta kemudahan apertur f2.4 di samping saiz lensa 25 peratus lebih kecil berbanding model sebelum ini. Ciri-ciri baru ditetapkan pada kamera termasuk fungsi panorama manakala imej yang dirakam 40 peratus lebih pantas berbeza dengan model 4s. Rakaman video 1080p dengan pengesan muka lima individu pada satu masa menjadi nadi kamera iPhone 5 dan boleh merakam foto walaupun ketika rakaman video dijalankan. Manakala fungsi kamera depan menyokong format 720p yang lebih baik dan pastinya berita paling menyeronokkan jika anda pengguna Facetime atau aplikasi popular, Instagram. Fungsi audio untuk iPhone 5 juga dikemaskini dan direka lebih baik dengan tambahan lima magnet pada pembesar suara berbanding dua magnet sebelum ini yang bermakna panggilan anda akan kedengaran lebih jelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...