Jumaat, 28 September 2012

Galaxy Note 10.1 serendah RM699

AHLI Maxis One Club (MOC) berpeluang menikmati tawaran menarik yang disediakan Maxis Berhad menerusi produk Samsung Galaxy Note 10.1 pada harga serendah RM699.
Pada masa sama, tawaran yang dibuka sehingga 30 September ini turut dilengkapi dengan pemberian akaun Loker percuma pada ruang simpanan awan peribadi sehingga 25GB. Kepada pelanggan yang masih belum mengenali produk Loker Maxis, ia adalah ruang simpanan dan boleh diakses bagi kesemua kandungan digital menerusi produk dikenali Maxis Cloud.
Bagi Samsung Galaxy Note 10.1, ahli MOC berpeluang menikmati pakej tawaran serendah RM699 tanpa bayaran pendahuluan dikenakan.

Tawaran ini juga disediakan dengan pakej data RM128 yang dilengkapi 6GB dan nilai tempoh masa bercakap RM30 untuk kontrak 24 bulan.

Sementara itu, ahli MOC juga boleh mendapatkan Samsung Galaxy Note 10.1 pada harga RM999 dengan pakej data RM98 yang dilengkapi 3GB dan nilai tempoh masa bercakap RM30 untuk kontrak 24 bulan.

Untuk maklumat lanjut bagi pakej terbaru itu serta kelayakan keahlian, sila hubungi 1 800 82 1123.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...