Jumaat, 28 September 2012

Aplikasi perakam video Skype

Skype adalah salah satu aplikasi terbaik untuk melakukan panggilan video. Dengan panggilan video, anda boleh seolah-olah berhadapan dengan kawan yang jauh.
Namun dalam berinteraksi di Skype, anda mahukan sebuah fail video rakaman yang boleh digunakan sebagai data peribadi atau data perniagaan. Terdapat aplikasi perakam video Skype yang boleh gunakan untuk merakam video dan audio kemudian menyimpannya di dalam satu fail.

Callnote adalah aplikasi yang menyokong rakaman untuk Skype, anda boleh merakam terlebih dulu video atau audio dan masukkan ke dalam Skype secara terus. Ia adalah salah satu aplikasi terbaik untuk menyimpan video percakapan di internet. Malah aplikasi ini tersedia dalam dua platform komputer iaitu Windows dan juga Mac.

Selain itu, ia turut memiliki beberapa fungsi menarik yang membolehkan anda mengirim hasil rakaman termasuk menambah beberapa kesan khas, meletakkan keterangan gambar dan menukar warna video.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...