Memaparkan catatan dengan label nokia lumia 920. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nokia lumia 920. Papar semua catatan

Khamis, 6 Disember 2012

Nokia Lumia 920 dan Lumia 820 dibuka untuk tempahan bermula esok

Berita terbaru, Nokia Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Nokia Lumia 920 dan Nokia Lumia 820 boleh dibuat tempahan di Nokia Stores di seluruh Negara mulai esok. RRP atau harga untuk Nokia Lumia 920 RM1,999 dan RM1,599 untuk Nokia Lumia 820.

info:

Nokia Lumia 920 - os Windows Phone 8,kamera 8.7 megapixels Carl Zeiss, paparan 4.5 inci,menggunakan pemproses Snapdragon™ S4, penggunaan teknologi seperti PureView, PureMotion, serta sokongan pengecasan tanpa-wayar.

Nokia Lumia 820 - os Windows Phone 8, kamera 8.0 megapixels Carl Zeiss, paparan 4.3 inci, pemprosesan Snapdragon™ S4, spesifikasi tinggi dengan penggunaan teknologi seperti PureView, PureMotion, serta sokongan pengecasan tanpa-wayar.

Rabu, 12 September 2012

Nokia Lumia 920 - kamera dengan teknologi PureView

NOKIA melancarkan gajet panas dengan model terbaru Lumia 920 yang kembali kepada kekuatan mereka iaitu fungsi kamera dengan teknologi PureView dipasang bersama Penstabilan Imej Optikal dan lensa Carl Zeiss.
Ia bermakna rakaman foto dan video anda lebih terperinci, bebas kabur dan terang tidak kira apa jua keadaan cahaya yang anda alami selain didatangkan dengan dengan PrueMotion HD + iaitu sejenis paparan yang cemerlang di dunia dengan resolusi 1280 x 768 piksel bermotifkan skrin sentuh yang terpantas dan paling sensitif.

Satu lagi tarikan yang anda akan dapati termasuk kemudahan mengecas bateri telefon tanpa menggunakan pengecas fizikal kerana semuanya boleh dilakukan tanpa wayar yang mana pengecasnya sudah tersedia dalam peranti itu sendiri.

Spesifikasi

PRODUK: Nokia Lumia 920
HARGA: tidak diperoleh
OS: Windows Phone 8
PEMPROSESAN: Dual-core 1.5Ghz Snapdragon(TM) S4
BATERI: 2000mAh
SKRIN: 4.5 inci, PureMotion HD+
MASA BERBUAL: 10 jam (3G)
KAMERA: 8.7MP
DIMENSI: 130.3 x 70.8 x 10.7mm
BERAT: 185g

Khamis, 6 September 2012

Nokia Memperkenalkan Lumia 920 Secara Rasmi – Kamera PureView serta Skrin PureMotion+

Nokia semalam telah pun memperkenalkan peranti terbaru mereka didalam keluarga Windows Phone iaitu Nokia Lumia 920 dengan fungsi menarik seperti Kamera PureView dan Skrin PureMotion+.
Didatangkan dengan cip pemprosesan 1.5GHz Snapdragon S4, skrin sebesar 4.5-inci, sokongan NFC, kebolehan pengecasan secara tanpa wayar, dan juga kamera 8-megapixel dengan sokongan PureView. Nokia Lumia 920 menggunakan bateri berkapasiti 2000mAh yang membolehkan pengguna menggunakannya sepanjang hari tanpa sebarang masalah.
Skrin Nokia Lumia 920 dengan paparan PureMotion HD+, menawarkan gambar paparan yang lebih baik, termasuk gambar dan video yang lebih tajam berbanding kebiasaan. Namun untuk pengecasan bateri tanpa wayar, ia tidak didatangkan bersama-sama peranti dan para pengguna perlu mendapatkannya dalam bentuk aksesori tambahan.

Buat masa ini belum diketahui bilakah Nokia Lumia 920 ini akan dijual di Malaysia dan berapakah harga jualannya di pasaran malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...