Memaparkan catatan dengan label harga Lenovo IdeaPad U310 dan U410. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harga Lenovo IdeaPad U310 dan U410. Papar semua catatan

Selasa, 16 Oktober 2012

Lenovo IdeaPad S400 - Kuasa dan kepintaran IdeaPad

LENOVO terus melengkapkan rangkaian produk laptop mereka melalui pengenalan model IdeaPad S400 untuk pengguna baru yang mencari produk pengkomputeran mobiliti nipis dan berkuasa.

Kecemerlangan fungsinya dirancakkan dengan jangka hayat bateri lebih lama disokong teknologi pengurusan kuasa serta pacuan pemprosesan Intel Core i5 generasi ketiga yang pastinya memberi prestasi unggul.
Sememangnya Siri S menawarkan ciri peranti yang nipis dan ringan untuk keselesaan pangguna melakukan aktiviti pengkomputeran di mana saja mereka berada.

Lebih mengujakan, peranti itu dilengkapi fungsi Lenovo Quick Start yang mengambil masa hanya beberapa saat untuk dihidupkan dengan akses Internet pula boleh dicapai dalam masa lima saat sebaik ia diaktifkan.

Spesifikasi:

PRODUK: Lenovo IdeaPad S400
HARGA: RM2,099
OS: Windows 7 Home Basic
PEMPROSES: Intel Core i5-3317U 1.7GHz dengan teknologi Intel Turbo Boost
GRAFIK: Intel HD Graphics 4000
RAM: 4GB DDR3
STORAN: 500 GB SATA HDD + 24GB SSD
PAPARAN: 14 inci WXGA LED
BATERI: 4 cell Li-ion
SAMBUNGAN : 2 x USB 2.0, USB 3.0, HDMI, Bluetooth, WiFi, WiDi dan slot bacaan kad.
KAMERA: 720p HD
AUDIO: Dolby Advance Audio V2
KETEBALAN: 21.9mm
BERAT: 1.8kg
WARNA: Kelabu dan merah

Rabu, 18 Julai 2012

ULTRABOOK Lenovo IdeaPad U410

ORGANISASI teknologi global Lenovo terus memperkasakan rangkaian produk pengkomputeran digital mereka menerusi pengenalan pelbagai evolusi reka bentuk dan fungsi terbaru.

Lenovo IdeaPad U310 dan U410 dipacu oleh pemproses Intel Core i3, i5 dan i7 generasi ketiga untuk tawaran pengendalian prestasi mobiliti unggul.
Lenovo U410

Spesifikasi lainnya, ia disokong ruang storan satu terabait (TB), grafik NVIDIA GeForce, ketahanan kuasa bateri sehingga sembilan jam dan kawalan mudah pada pad sesentuh.

Untuk ciri baru Enhanced Experience 3 (EE3) yang ditampilkan pada sistem operasi Windows 7 pula, ultrabook berkenaan mengambil masa sangat singkat untuk dihidupkan iaitu 40 peratus lebih cepat berbanding peranti biasa.

Lenovo U310

Akhir sekali, menerusi ciri Lenovo Smart Update, peranti-peranti ultrabook ini akan mengemaskini e-mel, kontak dan akaun laman web sosial pengguna secara automatik.

Lenovo IdeaPad U310 dan U410 kini ditawarkan pada harga pasaran masing-masing RM1,999 dan RM2,699. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada laman web www.lenovo.com.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...