Memaparkan catatan dengan label Google Tablet Nexus 7. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Google Tablet Nexus 7. Papar semua catatan

Rabu, 26 September 2012

ASUS Mengumumkan Ketibaan Google Nexus 7 (RM999 16GB) di Malaysia


ASUS Mengumumkan Ketibaan Google Nexus 7 (RM999 16GB) di Malaysia. Dibangunkan bersama ASUS dan Google, Nexus 7 menggunakan sepenuhnya hardware dari ASUS dan Sistem Android terbaru Jelly Beans dan platform hiburan iaitu Gongle Play dari Google.
Dimuatkan dengan NVIDIA Tegra 3 pemproses quad-core, 7 Nexus dibina untuk pengalaman yang lancar, responsif, sama ada permainan game, melayari internet atau hanya multitasking antara aplikasi. 12-teras GeForce GPU menyampaikan grafik yang canggih, manakala yang dipaten reka bentuk 4-PLUS-1 CPU memberikan pengguna prestasi maksimum dan kecekapan kuasa dengan kenipisan 10.5mm dan berat 340g.

Dengan paparan definisi tinggi yang menakjubkan yang menggabungkan teknologi terbaru ASUS iaitu ASUS TruVivid technology bersama panel In-Plane Switching (IPS) anda boleh menikmati aplikasi kegemaran anda seperti game, membaca buku serta menonton movie dengan lebih kepuasan.

Google Nexus 7 juga menggunakan Corning Gorilla Glass yang tahan calar dan reka bentuk casis bertekstur bagi memudahkan untuk memegang. Manakala jangka hayat bateri sehingga 9.5 jam bagi memastikan anda sentiasa disambung ke dunia digital.

Kini Google Nexus 7 boleh didapati di semua pengedar ASUS pada harga RM999 untuk versi 16GB.

Specifications

Operating System AndroidTM 4.1
Display 7" WXGA (1280x800) Screen
IPS Panel
10 finger multi-touch support
CPU NVIDIA® Tegra® 3 T30L Quad-Core @1.2Ghz
Memory 1GB
Storage 8GB/16GB*1
Wireless Data Network WLAN 802.11 b/g/n@2.4GHz
Bluetooth V3.0
Camera 1.2 MP Front Camera
Interface Headset Jack,
1x micro-USB, 2x Digital microphone,2x High Quality Speakers,
1x Docking PIN
Sensor G-Sensor, Light Sensor, Gyroscope,
E-compass, GPS, NFC, Hall Sensor
Battery 9.5 hours, 4325mAh,*2
16Wh Li-polymer
Dimensions 198.5 x 120 x 10.45 mm
Weight 340 g
Note *1: May vary by SKU and country.
*2: Battery life may vary by use. Stated battery life measured by playing 720p video at 100 nits brightness, with an external headset, Wi-Fi turned on, Gmail logged in.




Rabu, 19 September 2012

SENHENG Mengumumkan Ketibaan Google Nexus 7 di Malaysia pada 21 Sep 2012

Hari ini SENHENG melalui laman Facebooknya mengumumkan ketibaan Google Nexus 7 pada 21 sep 2012 nanti. Kemungkinan peminat Google Nexus 7 boleh membelinya melalui SENHENG. Ini menjadikan SENHENG adalah yang pertama mengumumkan ketibaan Google Nexus 7 serta akan menjualnya, namun begitu harga Nexus 7 belum ditentukan. sama-samalah kita nantikan di SENHENG!.
Google Nexus 7" Android™ Jelly Bean (4.1) NVIDIA® Tegra® 3 T30L Quad-Core @ 1.3Ghz 1GB RAM 16GB 7" WXGA IPS Panel

Rabu, 4 Julai 2012

Tablet berprestasi tinggi dengan harga murah , Google Nexus 7

GOOGLE melancarkan tablet mereka sendiri berharga semurah RM615 yang bersaiz tujuh inci berkuasa Android 4.1 (Jelly Bean).
Ia mempunyai kejelasan skrin yang menakjubkan pada paparan bertenaga 1280 x 800 piksel resolusi tinggi yang dilindungi Corning Glass tahan calar. Ketahanan baterinya mampu bertahan lebih 8 jam memainkan video HD, 10 jam pelayaran web atau 10 jam untuk e-buku.

Namun bagi kita di Malaysia kita terpaksa menunggu lebih lama dan kemungkinan harga RM615 Google Nexus 7 di US dan Negara-negara sekitarnya akan menjadi lebih tinggi apabila tiba di Malaysia kerana cukai dan sebagainya. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan kemunculan Google Nexus 7 di pasaran Malaysia.


SPESIFIKASI:

PRODUK: Google Nexus 7

HARGA: RM615
SISTEM CIP: Tegra 3
OS: Android 4.1
PEMPROSESAN: Quad core, 1300 Mhz
GRAFIK: NVidia GeForce 12-core GPU
SISTEM MEMORI: 1024 MB RAM
SETORAN: 16GB
SKRIN: 7.0 inci
DIMENSI: 198.5 x 120 x 10.45 mm
BERAT: 340g

Jumaat, 29 Jun 2012

Google Tablet Nexus 7 Dilancarkan secara Rasmi oleh Google


Google akhirnya telah pun memperkenalkan peranti Google Nexus 7 kepada umum, yang mana dibangunkan bersama oleh pihak Asus dan dijana menggunakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean.
Melalui Nexus 7, Google mengatakan mereka ingin memfokuskan kepada para pengguna menikmati kandungan digital terus pada tablet mereka, tanpa sebarang masalah termasuk lag dan sebagainya.

Google meningkatkan tentangan terhadap iPad dan Kindle Fire dengan tablet Nexus yang dilengkapi perisian terbaru Android dan gerbang gedung dalam talian untuk pembelian filem dan sebagainya.

Tablet Nexus 7 itu akan ditawarkan pada harga kurang daripada separuh kos peneraju pasaran, iPad, sekali gus menjadi senjata baru Google dalam saingan dengan Apple, Amazon.com, dan Microsoft.

Tablet berukuran tujuh inci itu dikeluarkan untuk Google oleh Asus.

Nexus 7 membawakan skrin dengan paparan HD bersama resolusi 1280×800, cip pemprosesan Tegra3 empat-teras bersama GPU 12 teras, kamera hadapan untuk panggilan video, sokongan WiFi, Bluetooth dan NFC, serta bateri yang tahan lama, membolehkan anda menikmati video HD selama 9 jam dengan sekali cas.

Peranti ini akan ditawarkan melalui Google Play Store untuk beberapa negara terlebih dahulu, dan akan diperluaskan kepada negara-negara lain tidak lama lagi. Ia dijual pada harga $199 (RM635), yang mana jauh lebih murah daripada 1MalaysiaPad atau Lenovo A1.

Nexus 7 mungkin mengambil masa yang agak lama untuk memasuki pasaran Malaysia. Jika ia dijual di Malaysia iaitu pada harga RM635, hampir semua rakyat Malaysia mampu membelinya. Ia akan memberi perubahan kepada kehidupan dan cara kita bersosial dengan internet.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...