GOOGLE melancarkan tablet mereka sendiri berharga semurah RM615 yang bersaiz tujuh inci berkuasa Android 4.1 (Jelly Bean).
Ia mempunyai kejelasan skrin yang menakjubkan pada paparan bertenaga 1280 x 800 piksel resolusi tinggi yang dilindungi Corning Glass tahan calar. Ketahanan baterinya mampu bertahan lebih 8 jam memainkan video HD, 10 jam pelayaran web atau 10 jam untuk e-buku.
Namun bagi kita di Malaysia kita terpaksa menunggu lebih lama dan kemungkinan harga RM615 Google Nexus 7 di US dan Negara-negara sekitarnya akan menjadi lebih tinggi apabila tiba di Malaysia kerana cukai dan sebagainya. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan kemunculan Google Nexus 7 di pasaran Malaysia.
SPESIFIKASI:
PRODUK: Google Nexus 7
HARGA: RM615
SISTEM CIP: Tegra 3
OS: Android 4.1
PEMPROSESAN: Quad core, 1300 Mhz
GRAFIK: NVidia GeForce 12-core GPU
SISTEM MEMORI: 1024 MB RAM
SETORAN: 16GB
SKRIN: 7.0 inci
DIMENSI: 198.5 x 120 x 10.45 mm
BERAT: 340g
Tiada ulasan:
Catat Ulasan