Isnin, 2 Julai 2012

Sepanyol juara tumpaskan Itali 4-0 Final EURO 2012


Akhirnya Sepanyol menang bergaya EURO 2012 mengalahkan Itali 4-0. Memang best dan Menarik permainan tadi yang banyak debaran...

PEMAIN Sepanyol David Silva (tengah) cuba dikawal pemain Itali, Andrea Pirlo (kanan) dan Leonardo Bonucci pada perlawanan final Euro 2012 di Stadium Olimpik, sebentar tadi.. David Silva berjaya menjaringkan gol awal pada minit ke-14. Penyandang juara, Sepanyol berjaya mengalahkan Itali dengan keputusan 4-0.

Sepanyol mendahului seawal minit ke-14 menerusi tandukan pemain Manchestar City, David Silva hasil hantaran lintang Cesc Fabregas dan menambah jaringan menerusi larian solo Jordi Alba pada minit ke-41. Itali gagal menyerlah meskipun penyerang kontroversinya, Mario Balotelli beberapa kali melakukan rembatan kencang tetapi tersasar.
Penyerang termahal Chelsea, Fernando Torres pula menjaringkan gol pada minit ke-84 manakala rakannya yang juga pemain tengah Chelsea, Mata melengkapkan kemenangan Sepanyol menerusi gol pada minit ke-84.

Tamat sudah EURO 2012, kita nantikan pula World Cup 2014 di Brazil. Tahniah Sepanyol La Roja...ESPANA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...