Ahad, 1 Julai 2012

Motorola RAZR Maxx dengan bateri 21 jam

MOTOROLA Mobility melalui pengedarnya di Malaysia, Brightstar memperkenalkan telefon pintar Android terbarunya, RAZR Maxx yang mempunyai ketahanan bateri 21 jam, sesuai untuk pengguna aktif bersosial di Internet.
Dengan harga RM1,688, peranti dengan skrin sesentuh penuh itu dikatakan antara model ternipis dengan ketebalan 7.1 milimeter (mm), lebar 68.9 mm dan panjang 130 mm, manakala beratnya hanya 127 gram.
Model yang menggunakan sistem operasi Android 2.3.5 Gingerbread dan pemprosesan 1.2GHz itu boleh dikemaskini kepada Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) dan turut dilengkapi kamera 8MP dengan LED flash.

Disebabkan ciri terbabit, Motorola RAZR mampu merakam dan memainkan semula video dengan lebih jelas apabila menggunakan sistem 1080p pada skrin bersaiz 4.3 inci yang dilengkapi ciri Super AMOLED Advance qHD.

Model terbaru Motorola itu juga didatangkan dengan RAM Dual-Channel, memori 16GB selain mampu menyokong memori tambahan sehingga 16GB menerusi kad microSD yang sudah siap ditawarkan bersama.

SPESIFIKASI:

PRODUK: Motorola RAZR Maxx
HARGA: RM1,688
PEMPROSESAN: Dual-Core 1.2GHz, Dual-Channel RAM
OS: Android 2.3.5
MEMORI: 16GB, kad memori 16GB disertakan
RANGKAIAN: CDMA800, CDMA1900, LTE B13 700
PAPARAN: 4.3 inci Super AMOLED Advanced qHD
KAMERA: 8.0MP
MASA BERBUAL: 21 jam
BATERI: 3300 mAh Li Ion
DIMENSI: 130.7 x 68.9 x 8.99mm
BERAT: 145g

klik like & Share di fb anda,tQ.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...