KETIKA melakukan aktiviti ekstrem, kita biasa mengambil jalan selamat untuk tidak membawa bersama telefon bimbit bagi mengelakkannya terjatuh, terhentak atau termasuk ke dalam air.
Namun, menerusi teknologi telefon pintar yang diperkenalkan syarikat Motorola Mobility, peranti telekomunikasi itu kini boleh dibawa ke mana-mana dan untuk apa sahaja tujuan.
Model Motorola DEFYTM XT dilengkapi kelebihan fungsi kalis air, tahan habuk dan panel sentuh 3.7 inci anti calar sesuai menjadi pelengkap kepada sebarang aktiviti aktif.
Pengguna juga pasti akan berpuas hati dengan hayat baterinya di mana mempunyai ketahanan sehingga 9.5 jam untuk tujuan berhubung dan berhibur.
Fungsi kamera pula disempurnakan bersama resolusi lima megapiksel untuk sokongan rakaman imej yang jelas selain dilengkapi kamera hadapan VGA.
Motorola DEFY XT juga dilengkapi ciri antaramuka MotoSwitch untuk mengenalpasti kontak serta aplikasi yang sering digunakan pengguna sebelum menempatkannya pada skrin utama.
Di samping itu, aktiviti mengakses Internet juga menjadi lebih mudah kerana telefon itu dipacu oleh sistem pelayaran web pantas.
Gajet lasak ini kini boleh didapati di pasaran Malaysia dengan tawaran harga RM899.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan