Rabu, 12 September 2012
Galaxy Note II baru lebih besar
SAMSUNG memperhebatkan jenama telefon pintarnya dengan memperbaharui Galaxy Note menerusi versi kedua yang bakal diperkenalkan pada suku keempat tahun ini.
Syarikat Korea terbabit melengkapkan Samsung Galaxy Note II dengan saiz skrin lebih besar iaitu 5.5 inci berbanding 5.3 inci yang ditetapkan pada versi pertama.
Peranti itu menggunakan kuasa Quad Core 1.6GHz, RAM ditambah kepada 2GB, sistem operasi Android 4.1 (Jelly Bean) dan bateri berkuasa 3100mAh untuk daya ketahanan lama.
Selain itu, Samsung memperkenalkan teknologi Air View yang mana ia membolehkan pengguna untuk membaca e-mel, S Planner, galeri imej atau video hanya menggunakan S Pen iaitu pen stylus yang popular untuk pra tonton kandungan tanpa perlu membuka aplikasi terbabit.
Satu lagi ciri baru diketengahkan termasuk konsep membuka nota menggunakan teknik Pop up Play yang mana ia akan membuka aplikasi nota pada bila-bila masa di mana saja tidak kita apa yang sedang dilakukan dengan butang maya khas.
Spesifikasi
PRODUK: Samsung Galaxy Note 2
HARGA: Belum ditentukan
OS: Android 4.1 Jelly Bean
SAIZ SKRIN: 5.5 inci
RESOLUSI SKRIN: 1280 x 720 piksel
JENIS SKRIN: HD Super AMOLED
BATERI: 3100mAh
SETORAN DALAMAN: 16/32/64GB
PEMPROSESAN: 1.6GHz Quad Core
RAM: 2GB
DIMENSI: 80.5 x 151.1 x 9.4mm
BERAT: 180g
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan