Khamis, 6 September 2012

SONY Xperia ion - Rakaman foto dan video lebih cerah

BEBERAPA bulan lalu, model telefon pintar keluaran Sony Mobile, Xperia ion telah diperkenalkan secara eksklusif di pasaran Amerika Syarikat dengan kelebihan versi capaian 4G LTE (Long Term Evolution).
Terbaru, peranti selular berkenaan telah pun memasuki pasaran negara namun diperkenalkan dalam versi Akses Paket Berkelajuan tinggi (HSPA).

Sesuatu yang unik, model itu didatangkan bersama skrin luas 4.6 inci di mana ia merupakan saiz terbesar pernah dicipta bagi rangkaian produk Xperia.

Kelebihan tersebut bakal menawarkan pengguna ruang paparan yang lebih jelas untuk tujuan berhibur dan bekerja.

Melengkapkan kecemerlangannya, Xperia ion turut disempurnakan bersama teknologi HD Reality Mobile BRAVIA Engine untuk kesan resolusi definisi tinggi (HD).

Daripada segi teknikal, model itu dipacu pemproses dua teras 1.5 GHz dengan kelajuan empat kali lebih pantas selain ruang storan binaan dalam 16 gigabit (GB).

Sistem operasinya pula mengaplikasikan platform Android 4.0.

Pengguna yang gemar mengambil foto pasti akan berpuas hati dengan telefon ini kerana ia tersedia bersama kamera 12 megapiksel.
Menerusi teknologi Sony Exmor R pula, proses mengaktifkan kamera dan merakam gambar daripada mod tunggu sedia hanya mengambil masa kurang daripada dua saat.

Dengan segala kelebihan itu, Xperia ion kini ditawarkan pada harga pasaran RM1,788.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...