Selasa, 4 September 2012

Canon EOS M kamera tanpa cermin

Model EOS M yang dilancarkan baru-baru ini dikuasai pengesan imej 18 megapiksel APS-C CMOS, pemprosesan DIGIC 5 serta skrin sentuh 3.0 inci.
Jika diperhatikan luarannya kelihatan seperti gabungan PowerShot G1 X dan S100 dengan kit lensa EF-M 22mm f/2 STM di samping tawaran pelbagai sensitiviti sejajar dengan pesaing pasaran antara 100 hingga 25600 untuk mod pegun. Susun atur menu kawalan EOS M mudah digunakan untuk pengguna ‘point and shoot’ Canon yang beroperasi pada butang skrin sesentuh.

Terdapat dua jenis lensa yang boleh disesuaikan untuk kamera jenis ini termasuk EF-M18-55mm f/3.5-5.6 IS STM atau EF-M22mm f/2 STM yang ringan, kompak dan prestasi AF hebat.

Canon EOS M
Sensor 18.1MP APS-C CMOS
Pemprosesan imej: DIGIC 5
ISO: 100-12800
LCD: 3.0 inci Clear View LCD II
Jangka hayat bateri: 230 rakaman foto
Dimensi: 108.6 x 66.5 x 32.3mm
Berat: 262 gram

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...