SAMSUNG Electronics Co Ltd (Samsung Electronics) memperkemaskan lagi kedudukannya dalam dunia digital apabila memperkenalkan Galaxy Note II generasi baru dengan memperkasakan penggunaan S Pen, dalam majlis Samsung Mobile Unpacked sempena IFA, di Berlin, Jerman, semalam.
Samsung Electronics turut memperkenalkan Galaxy Camera yang dibangunkan bertujuan memberi satu pengalaman komunikasi cara baru buat pengguna dalam perkongsian imej.
Galaxy Note II memiliki skrin lebih besar - HD Super Amoled 5.5 inci (140.9mm) di samping rekaan baru S Pen yang lebih tebal dan panjang bagi memudahkan penulisan serta lakaran.
Galaxy Camera pula menggunakan pelantar Android 4.1 yang dipenggil Jelly Bean selain diselitkan ciri rangkaian tanpa wayar untuk membolehkan perkongsian imej dilakukan dalam kadar segera ke rangkaian sosial seperti Twitter dan Facebook.
Spesifikasi
PRODUK: Samsung Galaxy Note II
SETORAN: 16/32/64GB, microSD (maximum 64GB)
RANGKAIAN: HSPA+ 21Mbps
SKRIN: 5.5" HD Super AMOLED, resolusi 1,280 x 720
RAM: 2GB
KAMERA: 8MP
OS: Android 4.1 (Jelly Bean)
CPU: Quad-core 1.6 GHz
DIMENSI: 80.5 x 151.1 x 9.4 mm
BERAT: 180g
PRODUK: Samsung Galaxy Camera
SENSOR: 16.3MP BSI CMOS
CPU: 1.4GHz Quad-Core
OS: Android 4.1 (Jelly Bean)
SETORAN: 8GB + micro SDSC, micro SDHC, micro SDXC
ISO: 100-3200
SKRIN: 121.2 mm (4.8") HD Super Clear Touch
RANKAIAN: 4G, 3G (HSPA+ 21Mbps), A-GPS, WiFi, Bluetooth
BATERI: 1,650 mAh
DIMENSI: 128.7 x 70.8 x 19.1 mm
BERAT: 305g
BERAT: 262g
Tiada ulasan:
Catat Ulasan