Windows Phone 8 sudah muncul dan telah digunakan sebagai sistem operasi di dalam Samsung Ativ S, telefon pintar pertama Windows Phone 8 buatan Samsung yang memiliki skrin 4.8 inci dengan Gorilla Glass. Ia dilengkapi Super AMOLED HD untuk paparan tajam dan jelas, kamera belakang dengan lensa 8MP, cip pemproses Qualcomm Snapdragon berkepantasan 1.5Ghz dual core dengan sistem operasi Windows Phone 8, RAM 1GB, memori dalaman 16GB serta 32GB.
Kerangka luarnya diperbuat dari kemasan aluminium dan bukannya plastik sepertimana pada kebanyakan telefon pintar Android Samsung, ketika pandangan pertama kerangka metalik itu membangkitkan imej mewah berkualiti tinggi. Samsung Ativ S cuma 8.7mm menyaingi kenipisan Galaxy S2, memiliki slot untuk kad memori MicroSD. Kemungkinan Samsung Ativ dipasarkan di Malaysia menjelang bulan November-Disember 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan