Selasa, 2 Oktober 2012

Apple mohon maaf isu aplikasi peta

New York: Seminggu selepas tersebar berita mengenai masalah membabitkan aplikasi peta dan sistem operasi iOS 6 dalam peranti terbaru Apple iPhone 5, Ketua Eksekutif Tim Cook, tampil menawarkan penyelesaian bagi isu itu menerusi surat terbuka memohon maaf kepada semua pengguna di seluruh dunia.

Antara kegagalan paparan pada iPhone 5 yang menggunakan Apple Maps.

Dalam surat itu, Cook mengakui bahawa berikutan masalah Apple Maps, syarikat itu gagal mencapai sepenuhnya iltizam untuk menawarkan produk berkelas dunia yang memberikan pengalaman penggunaan terbaik kepada pengguna sekali gus memohon maaf atas kekecewaan yang ditanggung berikutan kelemahan aplikasi berkenaan. Lebih menarik lagi, menerusi surat itu, Cook juga menjelaskan apabila syarikat memutuskan mereka perlu menawarkan peranti dengan pelbagai kegunaan, antara yang terbabit ialah panduan menuju destinasi setepat mungkin yang disepadukan dengan bantuan suara, ciri yang tiada dalam aplikasi peta dibangunkan Google sebelum ini.
Justeru, Apple memutuskan untuk membangunkan sendiri aplikasi peta untuk kemudahan pengguna perantinya.

Cook menegaskan lebih setengah bilion carian sudah dilaksanakan dalam Apple Maps sejak dilancarkan.
AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...