Isnin, 15 Oktober 2012

ASUS Nexus 7 - Hanya mempunyai fungsi Wi-Fi

ASUS Nexus 7 dengan kerjasama Google kini telah berada dipasaran Malaysia dengan Model Nexus 7 berkapasiti 16GB dengan harga RM999. Nexus 7 adalah tablet pertama didunia yang menggunakan sistem operasi AndroidTM 4.1 Jelly Beans, ia juga menggunakan CPU NVIDIA® Tegra® 3 T30L Quad-Core @1.2Ghz terbaru dipasaran, serta paparan ASUS TruVivid teknologi serta Corning Gorilla Glass yang menjanjikan paparan yang cantik dan tahan calar.

Namun dengan harga yang murah ASUS Nexus 7 sepatutnya menjadi Tablet paling menarik di Malaysia tetapi kerana beberapa ciri-ciri penting yang sepatutnya ada pada sebuah tablet tiada pada Nexus 7 ini menjadikanya seperti burung yang tidak bersayap. ini kerana lambakan tablet-tablet murah dari china yang terdapat di Malaysia yang berharga dalam lingkungan RM199 hingga RM799 mempunyai ciri-ciri yang dimahukan seperti boleh membuat panggilan suara,3G internet bagi membolehkan kita menggunakannya dimana mana sahaja, serta slot micro SD untuk applikasi yang besar yang memerlukan setoran tambahan.

Kelemahan Nexus 7

# - Tiada slot untuk Micro SD Card.

# - Tiada 3G atau LTE, Hanya menggunakan fungsi Wi-Fi.

# - Memori 16GB hanya pada tablet,mungkin akan menyebabkan tablet perlahan jika banyak applikasi di muat turun.

# - Tiada fungsi panggilan telefon.

# - Terbatas kepada tempat/kawasan yang mempunyai Wi-Fi sahaja.


Kebaikan Nexus 7

# - Spesifikasi yang tinggi untuk tablet harga murah.

# - Segala Applikasi tersedia dan terbaru.

# - Mempunyai kamera luar dan dalam.

# - Berjenama.


Operating System AndroidTM 4.1

Display 7" WXGA (1280x800) Screen
IPS Panel
10 finger multi-touch support

CPU NVIDIA® Tegra® 3 T30L Quad-Core @1.2Ghz

Memory 1GB

Storage 8GB/16GB*1

Wireless Data Network WLAN 802.11 b/g/n@2.4GHz, Bluetooth V3.0

Camera 1.2 MP Front Camera

Interface Headset Jack,1x micro-USB, 2x Digital microphone,2x High Quality Speakers, 1x Docking PIN

Sensor G-Sensor, Light Sensor, Gyroscope,E-compass, GPS, NFC, Hall Sensor

Battery 9.5 hours, 4325mAh,*2, 16Wh Li-polymer

Dimensions 198.5 x 120 x 10.45 mm

Weight 340 g

Note *1: May vary by SKU and country.
*2: Battery life may vary by use. Stated battery life measured by playing 720p video at 100 nits brightness, with an external headset, Wi-Fi turned on, Gmail logged in.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...