Apple iPhone 5 menggunakan cip yang dibekalkan Qualcomm, Avago dan Skyworks Solutions, menurut sebuah firma pembaikan peranti mudah alih, iFixit, yang sudah membuka sebuah peranti terbaru itu. iPhone terkini yang mula dijual di Australia mempunyai skrin empat inci dan lebih nipis serta ringan. iPhone 5 menyokong rangkaian 4G yang lebih pantas menggunakan cip dibekalkan Qualcom. Peranti itu juga ditampilkan dengan beberapa ciri terkini termasuk bantuan peta yang dibangunkan Apple sendiri.
Telefon pintar terbaru itu juga menggunakan pemproses A6 yang dikatakan dua kali lebih laju berbanding generasi sebelumnya. Apple membeli pemproses mudah alih daripada Samsung, bagaimanapun hubungan kedua-dua syarikat agak meruncing berikutan kes mahkamah berhubung tuntutan pelanggaran paten baru-baru ini.
iPhone 5 mempunyai tiga pembesar suara, kamera 8-megapixel yang boleh mengambil gambar panorama dan bateri yang boleh bertahan hingga lapan jam.
INFO: iPhone 5
− Guna cip dibekalkan Qualcomm, Avago dan Skyworks Solutions
− Skrin 4 inci, lebih nipis serta ringan − Menggunakan pemproses A6
− Mempunyai tiga pembesar suara, kamera 8 megapixel
− Boleh mengambil gambar panorama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan