SYARIKAT teknologi pengkomputeran Asus melancarkan telefon pintar empat teras terbaru, Asus PadFone 2 dengan sokongan stesen tablet untuk transisi paparan kepada saiz 10.1 inci yang lebih fleksibel.
Kombinasi kedua-duanya memberi keunikan kepada produk itu kerana menawarkan pengguna pilihan operasi sama ada telefon atau tablet pada bila-bila masa.
Selain rekaan elegan, PadFone 2 mempunyai skrin bersaiz 4.7 inci dan berat hanya 649 gram apabila disambung ke stesen tablet PadFone 2.
Prestasinya juga sangat lancar berikutan mengaplikasikan pemproses Qualcomm SnapDragon S4 dan dilengkapi storan web Asus sehingga 500GB,pelancaran Asus PadFone 2 di Taipei, Taiwan semalam.
Model itu juga disempurnakan sistem operasi Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), sambungan rangkaian LTE dan resolusi kamera 13 megapiksel.
Difahamkan, model telefon pintar itu yang belum ditentukan harga pasarannya, dijangka memasuki pasaran Malaysia pada akhir tahun ini. Ketika ini, telefon itu dijual di Taiwan pada harga RM2,590 seunit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan