SONY Mobile Communications (Sony Mobile) mengumumkan dua telefon Xperia baru iaitu Miro dan Xperia Tipo dengan reka bentuk nipis lagi bergaya yang boleh didapati dengan pelbagai warna anggun untuk penggunaan yang menyeronokkan.
Menariknya, kedua-dua telefon ini menggunakan kemudahan Sony iaitu kesepaduan data Facebook bagi mengakses seluruh kenalan, galeri foto dan muzik ditambah dengan teknologi audio xLOUD khas Sony untuk bunyi mantap dan kuat.
Xperia Tipo direka untuk menjadikannya mudah digunakan bagi membolehkan pengguna mendapatkan ciri daripada telefon pintar mereka sama ada melayari web, berkongsi gambar atau memindah turun aplikasi.
Sony Xperia Tipo
Selain itu, Xperia Tipo juga boleh didapati dalam versi dwiSIM dipanggil Xperia tipodual yang mana pengguna boleh bertukar antara dua nombor telefon berbeza anda dengan hanya satu sentuhan.
Kedua-dua telefon pintar akan memulakan pasaran globalnya pada suku ketiga 2012.
Satu lagi model impian Xperia Miro yang lebih elegan memungkinkan realisasi telefon yang benar-benar pintar dan bergaya dengan pengalaman sosial Facebook yang bersepadu.
Sony Xperia Miro
Pengguna akan dimaklumkan ketika mesej baru masuk dan kemaskini sosial dengan cahaya berwarna-warni selain perbualan video dengan rakan menggunakan kamera yang boleh menghala ke hadapan melalui satu sentuhan.
Bagi menyediakan hiburan muzik hebat pula, ia menyepadukan teknologi xLOUD yang dihasilkan bahagian audio Sony memberikan bunyi berdentum dan kuat.
Pastinya, Xperia Miro datang siap dipasang dengan Unlimited Music dari Sony Entertainment Network yang menyediakan akses segera kepada berjuta-juta trek muzik.
Xperia Miro sesuai bagi individu yang mahu media sosial bersepadu dan pengalaman muzik hebat manakala Tipo disasarkan kepada pengguna yang mahu merealisasikan manfaat daripada telefon pintar untuk kali pertama selepas berhijrah dari telefon biasa.
INFO
PRODUK: Sony Xperia Miro
HARGA: tidak diperoleh
PAPARAN: 3.5 inci
OS: Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
KAMERA: 5MP dan rakaman video yang berkualiti cemerlang pada 30fps
AUDIO: Teknologi audio xLOUD Sony memberikan bunyi tajam dan kuat
CIRI: Sentuhan penyambungan DLNA untuk melihat kandungan seperti gambar dan video di TV, tablet dan PC dengan mudah
BATERI: 24 jam penggunaan
WARNA: hitam, hitam/merah jambu, putih dan putih/ emas
PRODUK: Sony Xperia Tipo
HARGA: tidak diperoleh
PAPARAN: 3.2 inci
PAPARAN: Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
KAMERA: 3.2MP
SAMBUNGAN: Bluetooth dan Wi-Fi
BATERI: tahan 24 jam penggunaan
WARNA: merah, putih, biru dan hitam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan