Khamis, 21 Jun 2012
RIM perkenal BlackBerry Porsche Design P’9981
RESEARCH In Motion (RIM) memperkenalkan model terbarunya BlackBerry Porsche Design P’9981 yang menampilkan nombor pengenalan diri (PIN) BlackBerry Messenger (BBM) premium dan unik berbanding model biasa.
Pengarah RIM Malaysia dan Brunei, Annamalai Muthu berkata, telefon pintar berkenaan diperkenalkan bagi memberi aspirasi kepada pengguna dengan impak eksklusif berikutan ia dikaitkan dengan jenama terkemuka dunia iaitu Porsche.
“Kerana itu, kami tampilkan PIN yang berbeza bagi mengetengahkan konsep eksklusif kepada pemilik telefon pintar ini,” katanya selepas pelancaran model berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, direka oleh Porsche Design, P’9981 dihasilkan menggunakan material eksklusif termasuk kerangka keluli, papan kekunci QWERTY yang diukir dan skrin sesentuh lebih jelas.
“Ia juga menggunakan paparan pengguna eksklusif Porsche Design UI dan pengalaman aplikasi daripada Wikitude World Browser.
“Malah, PIN unik yang disertakan akan mengenal pasti pengguna P’9981 lain dengan lebih mudah,” katanya.
Blackberry Porsche Design P’9981 juga didatangkan dengan memori 8 Gigabait (GB) bagi membolehkan lebih banyak gambar, muzik dan aplikasi disimpan.
Turut dilengkapi kamera lima megapiksel dengan fungsi rakaman definisi tinggi serta cip pemproses 1.2 Gigahertz (GHz) yang memberikan lebih kelajuan untuk proses pindah naik dan turun.
Ia akan berada di pasaran dalam masa terdekat pada harga RM6,388.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan