Persoalannya patutkah kita yang berada di golongan pertengahan bukan kaya dan juga bukan miskin membeli SmartPhone pada harga beribu riggit hanya ingin bergaya dengan SmartPhone yg mahal ini???
Bagi aku cukuplah kita membeli smartphone kategori pertengahan walaupun dari segi spesifikasi rendah tapi beli yang mempunyai semua fungsi seperti 3G, kamera, boleh melayari internet,gps dan sebagainya. cukup dengan keperluan kita.
contohnya Samsung Galaxy Ace ini yang berharga RM799. ia juga menggunakan sistem operasi Android bagi menjanjikan kelancaran dan memenuhi keperluan kita.
Banyak lagi Telefon kategori pertengahan yang berharga bawah seribu ringgit di pasaran sekarang ini. Jadi buatlah pilihan mengikut kemampuan dan mengikut budget jangan kerana ingin memiliki yang mahal ini kita menambah bebanan hutang seperti melanggan melalui pakej pakej telco yang ada dimalaysia ini dan diikat melalui kontrak. akhir sekali jadilah pengguna yang bijak, nilai diri sendiri dulu baru buat keputusan!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan