KETIKA telefon atau tablet berasaskan sistem operasi Android semakin membanjiri pasaran, begitu juga dengan aplikasinya (apps) yang semakin banyak ditawarkan di Google Play.
Game antara apps yang popular dan terima kasih kepada Android kerana menggunakan model perniagaan berbeza dan apps boleh ditawarkan secara percuma.
Angry Birds adalah yang paling popular yang pada awalnya hanya ditawarkan untuk iOS dan berbayar, namun akhirnya ditawarkan secara percuma bersama Android oleh penciptanya, Rovio, tetapi ia meletakkan iklan pada paparan permainan.
Empat versi disediakan permainan mengenai burung yang marah dengan khinzir untuk pindah turun iaitu Angry Birds, Angry Birds Seasons, Angry Birds Rio dan terbaru Angry Birds Space.
Bagaimanapun, walaupun Angry Birds Space diberi percuma, tapi ia hanya untuk beberapa tahap permainan saja yang bermakna ia bukanlah versi penuh.
Bebbled pernah popular di atas PC satu ketika dulu dan kini menjadi game apps untuk Android. Ia permainan yang mudah iaitu pemain dikehendaki menyusun batu permata yang sama warna lalu dijatuhkan untuk mendapat markah.
Lebih besar susunan, maka lebih banyak markah diperoleh.
Red Stone adalah permainan kasual yang agak menguji minda. Ia berupa kotak segi empat sama dan tidak sama berwarna putih dan satu petak merah yang lebih besar.
Terdapat satu pintu keluar dan pengguna dikehendaki mencari jalan dengan cara mengubah kedudukan kotak putih untuk memberi laluan kotak merah keluar ke pintu terbabit.
Sketch Online pun menarik juga kerana ia adalah permainan berkumpulan di dalam rangkaian yang meminta rakan anda meneka apa yang anda lukis di atas skrin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan