Khamis, 14 Jun 2012
komputer riba ultra terbaru Dell XPS 13
TARIKAN utama produk komputer riba ultra terbaru Dell XPS 13 ini dapat dilihat menerusi pembangunan reka bentuk yang sangat elegan dan ringan.
Kerangka luarnya terbina daripada material karbon fiber serta kemasan aluminium menjadikan model berkenaan begitu kukuh dan tahan lama.
Menjenguk pula sudut teknikal peranti pengkomputeran ultra ini, enjinnya dipacu oleh pemproses Intel Core i7 dan grafik Intel HD 3000 sesuai untuk sokongan pelbagai aktiviti permainan video, pelayaran Internet, e-mel serta memuat turun fail secara lebih lancar dan responsif.
Bagi menggalakkan kecemerlangan operasi, model itu turut disempurnakan bersama sistem operasi Windows 7 dan memori binaan dalam 320 gigabit (GB).
Fungsi paparan juga tidak menghampakan di mana skrinnya yang bersaiz 13.3 inci dengan binaan gelas kukuh Corning Gorilla sangat sesuai untuk operasi pengkomputeran kompak namun masih memberi kepuasan tontonan.
Daripada segi kawalan, Dell XPS 13 yang dilengkapi papan kekunci premium dengan lampu belakang dilihat mampu membantu pengguna melaksanakan tugas dalam situasi pencahayaan rendah.
Lebih menarik, pad kawalannya pula sangat sensitif terhadap sentuhan jari pada mana-mana sahaja arah untuk melaksanakan pelbagai operasi seperti skrol, memfokus serta tarik dan letak secara lebih intuitif.
Sesuatu yang sering diambil kira pengguna ketika mencari komputer riba adalah ketahanan bateri di mana peranti ini mempunyai jangka hayat bateri lebih daripada lapan jam untuk digunakan secara mobiliti.
Ia turut dibantu oleh teknologi Intel Rapid Startbagi membolehkan pengguna memeriksa emel, melayari Internet dan mendengar muzik pada mod tidak aktif bertujuan menjimatkan bateri.
Spesifikasi lain Dell XPS 13 ini, ia dilengkapi capaian wayarles Wi-Fi, sambungan Bluetooth, kamera web 1.3 megapiksel dan slot USB.
Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada laman web www.dell.com
Harga seperti berikut:
klik pada gambar untuk besarkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan