Khamis, 24 Mei 2012

Tablet '1Malaysia Pad' kini di pasaran

MalTechPro Sdn Bhd hari ini memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.

Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.

Pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.

Tablet yang menggunakan sistem Android 2.3 Gingerbread itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G. Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara.Tapi tadi saya cuba ke web site maltechpro tetapi tidak jumpa apa-apa mengenai Tablet 1 Malaysia Pad ini.

Keistimewaan: Sambungan Jalur Lebar atau Internet dan 3G.

Bagi aku kalau nak tablet yang spec rendah dan harga pun murah lebih baik membeli Lenovo A1 Nvidia Tegra Cortex, A8 (Single 1Ghz) (Black) hanya berharga RM769.00 walaupun ianya hanya menyokong fungsi Wi-fi.

specs:

ARM Cortex™-A8 1.0GHz processor
Android™ 2.3
7” premium display with capacitive multitouch capability
14.1 oz.
Up to 5 hours battery life (up to 7 hours for web browsing)
Up to 16GB storage
512MB LP DDR memory

atau

TOSHIBA REGZA TABLET AT1S0-10003G ( 7" ,3G TABLETS ) pada harga RM1099.
PROCESSOR
NVIDIA® Tegra™ 250 Mobile Processor (1GHz Dual-Core)
OPERATING SYSTEM
Android™ 3.2, Honeycomb
MEMORY
1024MB DDR2
DISPLAY SIZE
7.0" Multi-touch high-res display, resolution 1,280 X 800 (16:10) with Toshiba Adaptive Display Technology and Toshiba Resolution™+ Video Enhancement

atau tambah sedikit wang untuk iPad 2 Wi-fi

banyak lagi pilihan yang boleh kita cari dan beli. contohnya SAMSUNG Galaxy Tab 7+ Plus yang harga sudah turun kepada RM1399.

Tapi itu semua pendapat saya.so tepuk dada tanya selera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...