BUKAAN maksimum lensa membolehkan TOUGH TG-1 merakamkan gambar terbaik biarpun pada waktu malam.
OLYMPUS Malaysia sedia mengumumkan pelepasan kamera digital Olympus TG-1 di bawah keluarga Tough dengan pelbagai fungsi termasuk kalis air, tahan jatuh, suhu rendah, GPS berkelajuan tinggi dan teknologi iHS yang merakam pada waktu malam dengan sempurna serta operasi mudah.
Produk yang dijangka dikeluarkan pada Jun nanti menggunakan lensa f2.0 dengan kemudahan merakam kecerahan foto lebih baik selain membolehkan pengguna untuk menikmati kelajuan ‘shutter’ signifikan.
Lensa Olympus terbabit menyimpan kelajuan ISO pada nilai yang lebih rendah mengurangkan ‘noise’ pada kamera dan menawarkan imej cantik.
>Spesifikasi
PRODUK: Olympus TG-1
HARGA: anggaran RM1,199
RESOLUSI: 12MP
SENSOR: BSI-CMOS
PEMPROSESAN: TruePic VI
OPTIK/JARAK FOKAL: 25 - 100 mm, 4×
SAIZ SKRIN: 3 inci
APERTUR MAKSIMUM: F2.0 - F4.9
SHUTTER MAKSIMUM: 1/2000 saat
SAMBUNGAN: USB 2.0, HDMI
DIMENSI: 100 x 65 x 26mm
BERAT: 221g
Tiada ulasan:
Catat Ulasan