Bagi menyaingi tablet keluaran Samsung yang dikenali sebagai Galaxy Tab, Bob Freaking memperkenalkan saingan bagi dua tablet tersebut iaitu Samsung Espresso 10 & Espresso 7. Dari segi reka bentuknya, kedua-dua model ini kelihatan hamper sama dengan Galaxy Tab 7.0 Plus dan Galaxy Tab 10.1 malah spesifikasi juga tidak banyak berbeza tetapi perbezaan ketaranya adalah ia menggunakan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) dan di optimakan lagi dengan pemproses Exynos 5 A15 berkelajuan Quad Core 1.5Ghz.
Dengan kapasiti memori dalaman 64GB serta sokongan kamera hadapan beresolusi 8 Megapixel ia turut membolehkan pangilan video sama seperti Galaxy Tab beresolusi 3 Megapixel dengan sambungan Wifi, 3G dan juga 4G dengan harga yang berlainan. Nantikan perlancarannya yang dijangka pada jun 12.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan