Khamis, 10 Mei 2012

Motorola ATRIX 2 menawarkan pengalaman dan kepuasan permainan video maksimum yang boleh dilaksanakan secara mobiliti.

BAGI penggemar rangkaian permainan video Electronic Arts (EA), mereka pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki model terbaru telefon pintar keluaran syarikat teknologi Motorola Mobiliti Inc.
Motorola ATRIX 2 menawarkan pengalaman dan kepuasan permainan video maksimum yang boleh dilaksanakan secara mobiliti.

Direka dengan skrin bersaiz 4.3 inci dan berdefinisi tinggi, ia juga menawarkan kesempurnaan pada gambar yang diambil serta video selain grafik tiga dimensi (3D) yang bertindak sebagai ejen ‘kepuasan’ pada permainan video tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Zitron Enterprise (M) Sdn. Bhd. Albert Goh (kiri) dan Robert Van Tilburg mencuba aplikasi yang terdapat pada Telefon Motorola ATRIX pada majlis pelancaran telefon di ibu negara baru-baru ini.

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Jualan, Motorola Mobiliti Asia Selatan, Robert van Tilburg, spesifikasi ATRIX 2 sesuai untuk memenuhi keperluan golongan profesional selain harganya yang berpatutan.

“Model terbaru ini mampu menjadikan memberi pengalaman permainan video lebih menarik melibatkan 10 jenis permainan EA telah dimuat turun secara percuma.
“Antara permainan tersebut adalah Need For Speed, Dead Space, EA Sports FIFA 10, The Game of Life dan Monopoly. Jika pengguna mahu mendapatkan permainan EA yang lain, mereka boleh memuat turun daripada platform Play Shop yang terdapat pada telefon pintar ini,” katanya.

ATRIX 2 terbina bersama kuasa pemproses dua teras, perisian Android 2.3 Gingerbread serta skrin sesentuh mudah.

Fungsi kameranya juga tidak menghampakan kerana mempunyai resolusi lapan megapiksel dengan sokongan pencahayaan LED .

Dengan segala kelebihan itu, Motorola ATRIX 2 telah memasuki pasaran Malaysia dan dijual pada harga RM1,399.


Spesifikasi:

GENERAL 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network HSDPA 850 / 1900 / 2100
Announced 2011, October
Status Available. Released 2011, October
BODY Dimensions 126 x 66 x 10 mm
Weight 147 g
DISPLAY Type TFT capacitive touchscreen, 16M colors
Size 540 x 960 pixels, 4.3 inches (~256 ppi pixel density)
Multitouch Yes
Protection Corning Gorilla Glass
- Touch sensitive controls
- MOTOBLUR UI with Live Widgets
SOUND Alert types Vibration; MP3, WAV ringtones
Loudspeaker Yes
3.5mm jack Yes
MEMORY Card slot microSD, up to 32GB, 2 GB included
Internal 8 GB storage, 1 GB RAM
DATA GPRS Yes
EDGE Yes
Speed HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLAN Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, DLNA, Wi-Fi hotspot
Bluetooth Yes, v2.1 with A2DP, EDR
USB Yes, microUSB v2.0
CAMERA Primary 8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, LED flash
Features Geo-tagging, image stabilization
Video Yes, 1080p@24fps
Secondary Yes
FEATURES OS Android OS, v2.3 (Gingerbread)
Chipset TI OMAP 4430
CPU Dual-core 1 GHz Cortex-A9
GPU PowerVR SGX540
Sensors Accelerometer, proximity, compass
Messaging SMS (threaded view), MMS, Email, IM, Push Email
Browser HTML, Adobe Flash
Radio Stereo FM radio with RDS
GPS Yes, with A-GPS support
Java Yes, via Java MIDP emulator
Colors Black
- Active noise cancellation with dedicated mic
- HDMI port
- MP3/WAV/WMA/eAAC+ player
- 1080p MP4/H.263/H.264.WMV/Xvid/DivX @ 30 fps playback
- Google Search, Maps, Gmail, YouTube, Google Talk
- Facebook, Twitter, MySpace integration
- Photo viewer/editor
- Organizer
- Quickoffice document editor
- Voice memo/dial/commands
- Predictive text input
BATTERY Standard battery, Li-Ion 1785 mAh
Stand-by Up to 382 h
Talk time Up to 8 h 50 min


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...