Sony Mobile Malaysia memperkenalkan tiga lagi peranti baru keluarga Xperia, iaitu Xperia P, Xperia U dan juga Xperia Sola.
Xperia P, yang membawakan skrin seluas 4-inci dengan sokongan paparan Sony WhiteMagic, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, kamera 8-megapixel dengan sokongan rakaman HD, sokongan HDMI terbina bersama-sama dengan NFC bakal dijual pada harga RM1499. Pada harga tersebut juga, Xperia P akan didatangkan bersama-sama beberapa aksesori tambahan, termasuk pengecas dalam kereta, Smart Headset dan juga Xperia SmartTags.
Untuk Xperia U pula, ia membawakan skrin seluas 3.5-inci dengan Mobile Bravia Engine, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, kamera 5-megapixel dan juga sokongan xLoud untuk audio. Ia turut sama akan didatangkan dengan sokongan pengecas kereta padanya, dan dijual pada harga RM899.
Xperia Sola pula akan dijual di pasaran tempatan bermula daripada 15 Mei ini, membawakan skrin seluas 3.7-inci dengan Mobile Bravia Engine, dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, audio xLoud, dan juga sokongan NFC padanya. Ia akan dijual pada harga RM999 pada pelancarannya kelak, dan didatangkan bersama-sama dengan beberapa aksesori tambahan, termasuk pengecas kereta dan juga Xperia SmartTags.
Kesemua ketiga-tiga peranti ini akan didatangkan bersama-sama dengan Android Gingerbread, dan bakal diperkenalkan kemaskini Ice Cream Sandwich pada suku tahun kedua 2012 ini, iaitu antara bulan ini ataupun bulan hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan