Selasa, 8 Mei 2012

Canon memperkenalkan lima siri pencetak canggih dan moden iaitu Pixma E600, Pixma MX897, MX517, MX377 dan FAX-L170.

Terkini, bagi memenuhi keperluan pejabat kecil terutama yang beroperasi di rumah, Canon memperkenalkan lima siri pencetak canggih dan moden iaitu Pixma E600, Pixma MX897, MX517, MX377 dan FAX-L170.

Bagi produk Pixma E600 yang direka dengan pelbagai fungsi tambahan, ia berupaya mencetak sehingga 800 keping cetakan hitam putih untuk setiap katrij.

Dengan saiznya yang kompak di samping mampu mengurangkan kos cetakan, Pixma E600 sudah pasti menjadi pilihan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau organisasi yang beroperasi dalam pejabat kecil.

Model itu juga dilengkapi fungsi faksimili, ciri-ciri keselamatan dan teknologi Auto Document Feeder (ADF) yang unik seperti mencetak dengan pantas dan boleh melakukan cetakan dua muka surat secara serentak.

Model Premium 5 In 1, Pixma MX897 pula tampil dengan aset terbaik untuk mana-mana pejabat yang beroperasi di rumah. Mesin tersebut mudah dikendalikan lebih-lebih lagi dengan paparan LCD bersaiz 3.0 inci dan Panel Dwi-Fungsi yang besar.

Sementara itu, ciri mesra pengguna pada model Pixma MX517 dan Pixma MX377 diwakili Panel Dwi-Fungsi dan sambungan tanpa wayar kepada peranti mudah alih.

Akhir sekali, dengan disertakan telefon bimbit dan paparan LCD besar, FAX-L170 direka untuk memenuhi keperluan pemilik perniagaan kecil yang beroperasi dalam persekitaran ruang kerja terhad. Ia menyatukan keupayaan mesin faksimili, pencetak laser dan mesin salinan ke dalam peranti tunggal yang padat.

Untuk maklumat dan spesifikasi lengkap model-model pencetak PIXMA Office All-In-One (AIO), sila layari laman web www.canon.com.my.

Pixma E600 dijual pada harga RM598, Pixma MX897 (RM1,118), MX517 (RM588), MX377 (RM426), FAX-L170 (RM1,118) dan didatangkan dengan jaminan selama setahun serta tambahan dua tahun lagi jika didaftarkan dalam talian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...