Khamis, 31 Mei 2012

BlackBerry Curve 9320 dan 9220 Mudahkan BBM

RESEARCH In Motion (RIM) menampilkan BlackBerry Curve 9320 dan 9220, dua model terbaru telefon pintar yang bercirikan semua aplikasi pesanan segera terkemuka dan keupayaan rangkaian sosial yang membuatkan BlackBerry popular di Malaysia.

Menurut Pengarah Malaysia & Brunei, RIM Singapore Pte Ltd, Annamalai Muthu, ia dibangunkan dengan hasrat memudahkan penggunaan dan mampu dimiliki. Malah, ia dikuasai bateri yang tahan lebih lama untuk memastikan pengguna terus terhubung dengan rakan sosial mereka.

Antara lain, ciri baru yang dimasukkan ke dalam Curve 9320 dan Curve 9220 ialah butang khusus untuk aplikasi pesanan segera BBM, radio FM dan sistem operasi (OS) BlackBerry 7.1 yang dirangkumkan dengan ciri kawalan keluarga bagi memudahkan ibu bapa melindungi anak-anak daripada capaian ke aplikasi, fungsi spesifik serta ciri yang sensitif dan tidak sepatutnya dibuka.

Tiada harga yang diberikan buat masa ini, namun bagi model Curve 9220, ia dijangka memasuki pasaran mulai 4 Jun ini menerusi rakan niaga yang disahkan dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan.

>Spesifikasi

PRODUK: BlackBerry Curve 9320
HARGA: tidak diperoleh
OS: BlackBerry 7.1
KAMERA: 3.2MP, zum 4X, flash
SKRIN: 2.44 inci LCD TFT
MEMORI: 512 MB eMMC/512MB RAM, slot kad MicroSD
PENYAMBUNGAN: WiFi, Bluetooth, jek 3.5mm, GPS
BATERI: ion litium 1450mAh, 7 jam masa bercakap, 30 jam masa bersedia, 30 jam main muzik
DIMENSI: 109 x 60 x 12.7mm
BERAT: 103gm

>Spesifikasi

PRODUK: BlackBerry Curve 9220
HARGA: tidak diperoleh
OS: BlackBerry 7.1
KAMERA: 3.2MP, zum 5X, flash
SKRIN: 2.44 inci LCD TFT
MEMORI: 512 MB eMMC/512MB RAM, slot kad MicroSD
PENYAMBUNGAN: WiFi, Bluetooth, jek 3.5mm
BATERI: ion litium 1450mAh, 7 jam masa bercakap, 30 jam masa bersedia, 28 jam main muzik
DIMENSI: 109 x 60 x 12.7mm
BERAT: 102gm


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...