Selasa, 12 Jun 2012

Windows 8 sudah sedia untuk dilancarkan julai ini!.


SYARIKAT perisian terkemuka, Microsoft dikhabarkan sudah bersedia melancarkan sistem operasi Windows 8 mereka yang baru seawal Julai ini.

sebuah vendor pengeluar laptop bakal memperkenalkannya ketika pelancaran mesin baru mereka pertengahan Julai depan.
Microsoft dilaporkan berkata, mereka sudah melakukan berpuluh ribu penambahbaikan berkaitan ciri dan reka bentuk semula antara muka yang paling penting sejak pelancaran Windows 95.

Pengguna kini boleh memindah turun previu Windows 8, perisian yang dikatakan sistem operasi yang paling sempurna pernah diuji dan dikeluarkan tiga tahun selepas Windows 7.

Sistem operasi yang baru direka itu juga membawakan Windows ke era skrin sentuh atau telefon pintar.

Terdapat juga aplikasi baru untuk enjin carian Bing, berita dan sukan, dan penambahbaikan kepada aplikasi e-mel dan gambar yang diumumkan sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...