Rabu, 13 Jun 2012

Vakum robot baru Samsung

SAMSUNG mengeluarkan vakum robot NaviBot-Silencio baru yang berupaya membersihkan habuk di mana saja ruang sempit termasuk di bawah sofa yang sering mendatangkan masalah.


Anda tidak lagi perlu mengeluarkan semua barangan dari bilik tidur termasuk alas lantai dan permaidani kerana NaviBot-Silencio berupaya membersihkan setiap sudut dengan bebas selain beberapa mod automatik pada antara muka peranti terbabit yang berfungsi penuh membersihkan ruang dikehendaki.
Ia menawarkan 38 pengesan dalam peranti terbabit dengan membersihkan 30 sentimeter persegi dalam masa sesaat.


>Spesifikasi
PRODUK: Samsung NaviBot-Silencio
HARGA: RM2,499
WARNA: kelabu
SISTEM NAVIGASI: Visionary Mapping
TAHAP BISING: 60dB
BERUS: 2
MASA CAS: 2 jam
MOD PEMBERSIHAN: 8

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...