Khamis, 28 Jun 2012

MOTOROLA Atrix 2


MEMILIKI telefon pintar seolah-olah sudah menjadi satu trend bagi golongan muda masa kini. Namun, harga telefon pintar yang agak mahal menyebabkan ramai yang kurang berkemampuan untuk membelinya.

Bagaimanapun, usah bimbang kerana Motorola Mobility komited menawarkan kepada pengguna telefon pintar yang pakar tentang hiburan pada harga mampu milik.

Motorola Atrix 2 menyediakan pengalaman permainan terkini dan penuh aksi melalui telefon anda dengan pakej 10 permainan EA yang diberi percuma. Antaranya seperti Need for Speed Hot Pursuit, Need for Speed Shift, Dead Space, EA Sports FIFA 10, the Game Of Life, Monopoly, The Sims 3, Tetris, Worms dan Bejeweled 2.

Anda boleh menikmati semua permainan menarik itu melalui telefon pintar berkuasa Android dengan penyambungan super pantas serta pemproses dual-core 1GHz untuk semakan dan video yang lebih laju.

Selain itu, skrin seluas 4.3 inci qHD menjadi platform yang lebih jelas untuk paparan foto, video, grafik 3D termaju dan permainan yang terang dan lancar.

Jika mahu menambah koleksi permainan, anda boleh menyemak ribuan permainan dan aplikasi di Android Market dan simpan dalam memori dalaman bersaiz 4GB atau opsyen storan kad MicroSD sehingga 32GB.

Dengan Motorola Atrix 2, anda mampu menguasai dunia hiburan yang luas.

Gunakan output HDMI 1080p untuk meningkatkan pengalaman permainan video, permainan dan aplikasi kepada HDTV di rumah anda sekiranya skrin telefon anda tidak cukup besar.

Nikmati permainan, melayari internet dan media melalui TV anda menggunakan sambungan kabel HDMI.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...