Isnin, 25 Jun 2012

Dell Inspiron 14z untuk pelajar

DELL menampilkan model Inspiron 14z yang dikatakan sesuai untuk kegunaan pelajar dengan reka bentuk nipis yang lebih dikenali dengan panggilan ultrabook.

Bukan saja mudah dibawa ke mana saja, malah ia juga memiliki prestasi tinggi dan bertindak balas pantas.
Ia adalah model kedua daripada Dell selepas kejayaan XPS 13, menggabungkan teknologi Intel Rapid Start untuk mempercepatkan proses memula (boot) dan memula semula selepas mod tidur.

Dikuasai bateri ion litium yang boleh memberi tenaga sehingga tujuh jam.

Kerangkanya diperkemas oleh aluminium dengan dua warna pilihan iaitu perak dan merah.

INFO

PRODUK: Dell Inspiron 14z
HARGA: dari RM2,599 (online)
OS: Windows 7
CIP PEMPROSES: Intel i5
RAM: 4GB
STORAN: 500GB
SKRIN: 14 inci
TEBAL: 21mm
BERAT: 1.87kg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...