Khamis, 28 Jun 2012

German vs Itali - Fakta Jerman belum pernah mengalahkan Itali dalam perlawanan kompetitif


Fakta: Jerman belum pernah mengalahkan Itali dalam perlawanan kompetitif, tewas tiga kali dan seri tiga kali dalam kancah Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah. Mereka juga bertembung dalam kelayakan Piala Dunia 1962 dengan perlawanan berkenaan berakhir seri.

Satu lagi fakta ialah Jerman tidak pernah menang ke atas Itali dalam kejohanan utama.

Dua pasukan terbabit pernah bertemu di peringkat sama pada Piala Dunia di Jerman, enam tahun lalu yang menyaksikan Itali menang 2-0 dan jaringan itu hasil gerakan dicipta Pirlo sekali gus membawa pasukannya ke final sebelum menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti.
Andrea Pirlo

Itali juga pernah mengatasi pasukan Jerman Barat di separuh akhir Piala Dunia 1970 dan final 1982.

Meskipun Itali hadir ke kejohanan ini dengan dibelenggu krisis prestasi dan keyakinan selepas skandal menentukan keputusan perlawanan menjadi tajuk utama akhbar, mereka sebaliknya mengharungi kejohanan ini dengan prestasi yang makin meningkat.

Walau bagaimanapun,saya yakin German akan mencipta sejarah mengalahkan itali pagi nanti. Go German....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...