Isnin, 25 Jun 2012

Tablet murah I-Mobile

KEGILAAN terhadap peranti tablet dimeriahkan dengan produk I-Mobile melalui I-Note yang mengguna pakai sistem Android berfungsi dengan baik bagi paparan secara melintang atau menegak, sekali gus memberikan kemudahan ketika melayari Internet.

Membaca dan menghantar e-mel kini lebih selesa dengan skrin I-Note yang lebih luas berbanding telefon pintarnya apabila ia mampu memaparkan papan kekunci maya bersaiz sebenar untuk kemudahan menaip.
Ia menyokong standard penyambungan Wi-Fi dan mampu membuat panggilan telefon tapi perlu disambungkan dengan set telinga Bluetooth bagi mendapat hubungan lebih baik.

Tablet ini dikuasai cip pemproses Qualcomm MSM7227 800MHz dengan RAM 512MB dan dimuatkan bersama kad microSD untuk simpanan.

Komunikasi pelbagai boleh disepadukan di bawah satu platform, misalnya, jika anda mempunyai kenalan A, anda boleh menetapkan akaun Facebook, Twitter dan sebagainya di bawah satu antaramuka, malah anda boleh meninjau status semuanya pada satu masa.



INFO

PRODUK: I-Mobile I-Note
HARGA: RM899 (hanya di Tesco)
OS: Android 2.3
PAPARAN: 7 inci
RANGKAIAN: HSPA/UMTS/GPRS/GSM/WiFi 11n/b/g
PEMPROSESAN: 800 MHz Qualcomm
SAMBUNGAN: bluetooth, micro USB
KELAJUAN DATA: HSDPA 7.2Mbps, HSUPA 384kbps
DIMENSI: 182.1 x 116.2 x 10.3 mm
BERAT: 352g


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...