Isnin, 25 Jun 2012

HTC One S Terbaik dari HTC

HTC mengetengahkan si cantik baru One S, telefon pintar digayakan dengan kerangka logam ultra nipis 7.9mm sesuai bagi individu yang mahukan telefon pintar rekaan mewah berkuasa tinggi.

Kuasanya diserlah oleh pemprosesan Snapdragon Qualcomm dengan kuasa CPU sehingga 1.7GHz Dual Core di samping antaramuka yang responsif bersama keupayaan grafik di atas skrin 4.3 inci Super AMOLED.
Manakala lapisan Gorilla Corning Glass turut menarik perhatian untuk menjadikan skrinnya lebih tahan lama dan lasak. HTC One S diperkukuh oleh platform Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) dan HTC Sense 4.0, versi baru untuk pengalaman pengguna yang diiktiraf.

HTC Sense 4.0 dilengkapi kamera baru membolehkan pengguna untuk merakam foto mantap dalam sekelip mata.

Teknologi Beats Audio juga disepadukan dengan lebih mendalam pada semua ciri multimedia telefon untuk menyampaikan pengalaman mudah alih yang lebih premium.


Berbekalkan lensa f/2.0 dan mod auto HDR, teknologi HTC ImageSense menyampaikan resolusi yang cepat dengan hasil yang menakjubkan walaupun di bawah pencahayaan yang buruk.

Dalam hanya 0.7 saat, anda mampu merakam foto dan dengan autofokus selaju 0.2 saat, anda tidak akan terlepas mana-mana saat keemasan objek di depan.

HTC juga bekerjasama dengan Dropbox untuk menyediakan ruang storan online sebesar 25 Gigabait (GB) secara percuma selama dua tahun, cukup untuk menyimpan lebih daripada 10,000 gambar.

INFO

PRODUK: HTC One S
HARGA: RM1,838
CPU: 1.7GHz, Dual Core
PAPARAN: 4.3 inci Super AMOLED
OS: Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
KAMERA: 8MP
RAM: 1GB
MEMORI: 16GB
AUDIO: Beats Audio
DIMENSI: 130.9 x 65 x 7.8 mm
BERAT: 119.5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...