Jumaat, 13 April 2012

Tablet ultra nipis Toshiba REGZA AT200

TOSHIBA yang popular dalam industri perkomputeran menampilkan tablet ultra nipis dan ringan iaitu REGZA Tablet AT200 yang hanya setebal 7.7 milimeter dan seberat 553 gram.

Walaupun nipis, ia masih mampu menampilkan kuasa terunggul dengan pemprosesan 1GHz Dual Core namun masih beroperasi pada Google Android 3.2 yang dipaparkan ke skrin 10.1 inci dengan resolusi skrin tinggi.
Lebih menarik, REGZA AT200 boleh disambungkan ke skrin yang lebih besar menggunakan sambungan microHDMI yang siap dibina.

Selain itu, ia turut menampilkan pembesar suara stereo yang menggunakan teknologi dihasilkan sendiri dalam makmal Toshiba dan SRS Labs untuk pengalaman tidak ternilai harganya.

>Spesifikasi

PRODUK: Toshiba REGZA AT200
HARGA: tidak diperoleh
PEMPROSESAN: 1GHz
SAMBUNGAN: micro-HDMI; micro-USB 2.0; microSD, 802.11n, Bluetooth
SKRIN RESOLUSI: 1,280 x 800
SAIZ: 10.1 inci
MEMORI: HDD
RAM: 1024 MB
CAKERA KERAS: 16 GB
OS: Android
DIMENSI: 256 x 176 x 7.7 mm
BERAT: 0.535 kg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...