Selasa, 17 April 2012

HP Envy 14 Spectre

HP melancarkan Envy Spectre 14 yang menggunakan skrin 14 inci pada kerangka bersaiz 13 inci selain penggunaan kaca khas bagi keseluruhan rekaan dan bukannya pada skrinnya semata-mata.

Tebal laptop ini kurang dua sentimeter dan beratnya pun tidak melebihi dua kilogram selain dikuasakan sistem audio Beats Audio.
Spectre juga dinobatkan sebagai notebook pertama menampilkan HP Touch To Share yang menggunakan teknologi NFC membolehkan pengguna berkongsi data antara telefon pintar NFC dan peranti terbabit.
Laptop kali ini dikuasakan Intel Core dengan kadar setoran menjangkau 256GB menggunakan pemacu mSata SSD. Peranti HP itu juga dimuatkan teknologi eksklusif seperti HP CoolSense yang melaraskan tetapan prestasi kipas penyejukan dalaman secara automatik di samping ImagePad yang menyediakan pelbagai sentuhan untuk navigasi pad.
Ia juga menghapuskan keperluan penggunaan ‘dongle’ luar apabila dilengkapi pelbagai input termaju dan pilihan termasuk Gigabit Ethernet, USB 3.0, HDMI dan DisplayPort Mini.

>Spesifikasi

PRODUK: HP Envy 14 Spectre
HARGA: Bermula RM3,999
OS: Genuine Windows 7 Home Premium
AUDIO: Beats Audio
PEMPROSESAN: Intel Core i5/i7
MEMORI: 4GB/8GB DDR3
SAIZ: 13.3 inci
DIMENSI: 12.88 x 8.7 x 0.79 inci

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...