Khamis, 5 April 2012

Produk Baru: HTC One menawan

HTC tampil dengan inovasi baru apabila menghasilkan dua telefon pintar di bawah siri One iaitu HTC One X dan One Z yang menggunakan sistem operasi Google Android versi Ice Cream Sandwich.

Syarikat itu juga menampilkan kekuatan kamera pada produk kali ini apabila model One X mampu merakam imej lebih pantas iaitu 0.7 saat dengan empat kerangka sesaat (fps) diperlukan untuk rakaman dengan bukaan lensa hingga 99 rakaman sekali gus pada satu masa.
Model One X mempunyai sistem flash yang beroperasi dalam semua senario dengan lima tahap fungsi cahaya yang berbeza menyesuaikannya bergantung kepada jarak subjek selain lensa f/2.0, peningkatan format HD dan mampu merakam imej walaupun mod video diaktifkan.

Model One V yang mempunyai resolusi 5.0 megapiksel pula menawarkan fokus automatik sepantas 0.2 saat dengan kuasa teknologi audio menggunakan Beats Audio bagi menawarkan bunyi berkuasa tinggi.


Malah, HTC juga bermurah hati menawarkan perkongsian imej dan fail lain dengan mudah menerusi kesepaduan aplikasi Dropbox menerusi penyimpanan 25GB percuma selama dua tahun dengan setiap HTC One.


SPESIFIKASI HTC ONE X:

PRODUK: HTC One X
HARGA: RM2,099
CPU: 1.5GHz, quad core
OS: ICS 4.0
MEMORI: 32GB, 25GB Dropbox
RAM: 1GB
PAPARAN: 4.7 inci 720p HD Super LCD
SAMBUNGAN: GPS, 3.5mm jek, WiFi, DLNA, microUSB, bluetooth 4.0
KAMERA: 8MP, f/2.0, 1080p HD
AUDIO: Beats Audio
BATERI: 1800mAh
DIMENSI: 134.4 x 69.9 x 8.9mm
BERAT: 130g


SPESIFIKASI HTC ONE V:

PRODUK: HTC One V
HARGA: RM999
CPU: 1GHz
OS: ICS 4.0
MEMORI: 4GB, 25GB Dropbox
RAM: 512MB
PAPARAN: 3.7 inci
SAMBUNGAN: GPS, 3.5mm jek, WiFi, microUSB, bluetooth 4.0
KAMERA: 5MP, f/2.0
AUDIO: Beats Audio
BATERI: 1500mAh
DIMENSI: 120.3 x 59.7 x 9.2mm
BERAT: 115g

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...