Jumaat, 13 April 2012

DiGi WWWOW kembali

BAGI tahun kedua berturut-turut, DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) menganjurkan anugerah popular DiGi WWWOW Internet For All Awards 2012 bagi meraikan bakat media sosial, kandungan digital dan e-dagang.
Pertandingan tahun ini akan berlangsung dari 24 Mac hingga 27 Mei dan menampilkan beberapa kategori dan penaja baru serta hadiah yang lebih lumayan.
Anugerah tahun ini berjaya meraih sokongan tujuh penaja baru iaitu AirAsia X, Samsung Malaysia Electronics, Chartis Insurance, DiGi Simple MasterCard, InMobi, Innity dan Malaysiakini.

Tema baru iaitu Ilhami, hadiah dan kategori baru juga diumumkan ketika majlis pelancaran rasmi DiGi WWWOW Internet For All Awards yang dihadiri Ketua Bahagian Khidmat Pemasaran DiGi, Sulin Lau.

Sejumlah 16 kategori anugerah telah diumumkan untuk DiGi WWWOW Internet For All Awards 2012:

1. Top Blogger Bawah 15 Tahun ASTRO
2. Top Makan-Makan Nuffnang 2012
3. Top Gosip Nuffnang 2012
4. Otai Gajet Lowyat.net 2012
5. Anugerah Kedai Online Says.my 2012
6. Tokoh Blogger Nuffnang 2012
7. Anugerah Internet Untuk Kebaikan Google 2012
8. Video Paling Lawak Innity 2012
9. Filem Pendek Terbaek InMobi 2012
10. Tokoh Wartawan Foto Malaysiakini 2012
11. Bintang Video Terlampau MSN 2012
12. Perjumpaan Media Sosial Terbaek Yahoo! 2012
13. Usahawan Internet Harapan Mudah.my 2012
14. App Paling Popular Samsung 2012
15. Anugerah DiGi WWWOW Pilihan Ramai 2012 (berdasarkan undian popular)
16. Anugerah Tokoh DiGi WWWOW 2012 (The Best of The Best)
“Tahun lalu, lebih 230,000 undian dilakukan untuk hampir 6,000 laman web, blog, bisnes, video dan personaliti.


“Manakala untuk tahun ini, dengan pengenalan kategori-kategori baru seperti Filem Pendek, App of the Year dan Tokoh Usahawan serta hadiah yang cukup lumayan yang ditawarkan, kami berharap DiGi WWWOW Internet for All Awards 2012 mampu benar-benar menjadi menjadi kayu ukur kreativiti,” kata Lau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...