Isnin, 21 Mei 2012

Pemain muzik Android Samsung - Samsung Galaxy Player 4.2

REKAANNYA ringkas, seakan telefon pintar dengan fungsi skrin sentuh yang dilengkapkan pada peranti bersaiz 4.2 inci itu. Itulah gambaran kehebatan pemain MP3 Samsung Galaxy Player 4.2 yang mempunyai kadar setoran 8GB.

Lebih menarik, ia lengkap dengan game siap pindah turun termasuk Angry Birds, Need for Speed: Hot Pursuit dan FIFA 2012.
Anda boleh memindah turun lagu menggunakan sambungan Wifi yang terus dimasukkan dalam peranti menggunakan sistem operasi Android Gingerbread dengan pemprosesan 1GHz Dual Core.

Samsung boleh berbangga dengan pengeluaran pemain MP3 siri baru ini dengan ciri dipertingkatkan seperti perisian sendiri yang memudahkan pemindahan muzik, video, senarai main dan foto ke peranti anda.

Spesifikasi

PRODUK: Samsung Galaxy Player 4.2
HARGA: tidak diperoleh
OS: Android Gingerbread 2.3
PEMPROSESAN: Cortex A8 1GHz
KAMERA: 2MP
WIFI: (802.11 b/g/n), BT 3.0
MULTIMEDIA: SoundAlive (TM) , SoundEngine, Wireless Media Content Streaming, Samsung Smart View, AllShare
KODEK: DivX, WMV,MPEG4, H.264, MP3, WMA, AAC, Ogg, FLAC
PAPARAN: 4.2 inci WVGA
SLOT KAD: microSD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...